Page 176 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 176
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
LAWATAN DELEGASI CENTRAL COUNCIL
OF THEORETICAL STUDIES OF VIETNAM KE
UNIVERSITI MALAYA BERSEMPENA
KEMUNCAK ASEAN
Pada 28 Oktober 2025, Universiti Malaya dengan penuh penghargaan
telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Central Council of
Theoretical Studies of Vietnam, diketuai oleh Prof. Dr. Senior
Lieutenant General Nguyen Van Thanh, Former Member of the Party
Central Committee dan Vice Chairman of the Central Council of
Theoretical Studies, bersempena penganjuran Sidang Kemuncak
ASEAN. Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama
akademik dan penyelidikan strategik antara kedua-dua institusi,
khususnya dalam pembangunan ilmu, inovasi serantau dan
pertukaran kepakaran. Delegasi Vietnam turut dianggotai oleh Prof.
Madya Dr. Pham Van Linh selaku Ketua Delegasi, bersama Prof. Dr.
Nguyen Quang Thuan, Encik Le Anh Duc, Puan Nguyen Thi Kim Yen,
Puan Pham Thi Huyen dan Encik Nguyen Manh Truong. Pihak
Universiti Malaya pula diwakili oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Kaharudin
Dimyati (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi), YBhg.
Datuk Prof. Kol. (K) Dr. Awang Azman Awang Pawi (Pengarah Pusat
Kajian Kecemerlangan Melayu), Dr. Ho Kee Chye (Ketua Jabatan
Pengajian China), Dr. Nurul Asmaa Akmal (Pensyarah Kanan APM),
Dr. Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi (Pensyarah Kanan APM) serta
Nasrullah (Pelajar PhD APM). Pertemuan dua hala ini membuka
ruang strategik bagi pertukaran kepakaran dalam bidang penyelidikan
teori dan kemasyarakatan, kolaborasi projek bersama serta
penerbitan akademik, selain mengukuhkan lagi jaringan ilmu dan
inovasi di rantau ASEAN. Universiti Malaya terus komited menjadi
platform kerjasama serantau dan antarabangsa dalam memacu
pembangunan ilmu serta memperkukuh peranan akademia pada
peringkat global.
176

