Page 181 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 181

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU




              PELANTIKAN DATUK PROFESOR KOLONEL (K)

           DR. AWANG AZMAN AWANG PAWI SEBAGAI AHLI

                                KESEPAKARAN KITA UKM



          Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya merakamkan
          setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Datuk Profesor Kolonel

          (K) Dr. Awang Azman Awang Pawi atas pelantikan beliau
          sebagai Ahli Jawatankuasa Kesepakaran Institut Kajian Etnik

          (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pelantikan ini
          merupakan pengiktirafan signifikan terhadap kepakaran dan
          sumbangan beliau dalam bidang akademik, khususnya dalam

          memperkukuh penyelidikan berkaitan etnik, budaya dan
          masyarakat di Malaysia. Pelantikan tersebut dimaklumkan

          semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kesepakaran KITA Bil.
          1/2025 pada 7 Oktober 2025 (Selasa) bertempat di Bilik
          Mesyuarat KITA, Aras 4, Bangunan Pentadbiran Kolej Keris

          Mas, UKM. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg.
          Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, FASc.,

          Pengarah Pengasas KITA, bersama YBhg. Prof. Dr. Kartini
          Aboo Talib @ Khalid (Timbalan Pengarah), Prof. Dr. Supyan
          Hussin serta En. Mohd Faris Ngadinin selaku Sekretariat KITA.

          Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Profesor Kolonel
          (K) Dr. Awang Azman Awang Pawi, dan semoga pelantikan ini

          terus      menyemarakkan               kecemerlangan             akademia          serta
          mengukuhkan jaringan ilmu antara institusi dalam memperkasa
          bidang kajian etnik di Malaysia.












































                                                                                                 181
   176   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186