Page 184 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 184

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU







                PAMERAN KEBUDAYAAN MELAYU

            SEMPENA UM INTERNATIONAL WEEK


                                                   2025

            UM International Week 2025 telah berlangsung dengan meriah di
            Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya, yang sekali lagi menjadi
            tumpuan pelajar dan pengunjung antarabangsa dalam meraikan

            kepelbagaian budaya global. Akademi Pengajian Melayu (APM),
            dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, telah membuka reruai pameran
            bertemakan Kebudayaan Melayu yang mengetengahkan keindahan
            warisan tradisi melalui seni bina, tekstil, dan hasil kraftangan. Pameran
            ini turut diserikan oleh rakan strategik APM, WCO Holding, yang
            mempersembahkan pameran miniatur Melayu, serta Dr. Johan
            Iskandar      dari    Akademi       Seni     Tradisi    Warisan       Melayu      yang
            mempamerkan karya seni dan warisan budaya unik. Para pengunjung

            tidak melepaskan peluang untuk mendekati kehalusan budaya Melayu
            serta merakam kenangan di ruang pameran yang memukau ini,
            menjadikan program ini satu inisiatif bermakna dalam memperkukuh
            hubungan       antara     warisan,      akademia       dan    masyarakat        global.
            Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan
            pameran ini.















































                   Kerjasama strategik antara Akademi Pengajian Melayu, WCO Holding
                               dan  Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu







                                                                                                 184
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189