Page 182 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 182
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
HARI AKADEMIA 2025
UNIVERSITI MALAYA
Hari Akademia 2025 Universiti Malaya telah disambut dengan
penuh penghargaan bersempena Hari Akademia yang diraikan
pada 5 Oktober setiap tahun, sebagai pengiktirafan terhadap
sumbangan besar ahli akademik di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT) dalam pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan khidmat
bakti kepada pelajar serta masyarakat. Bulan Oktober turut
diisytiharkan sebagai Bulan Akademia sebagai simbol
penghormatan terhadap dedikasi warga akademia yang gigih
menyebarkan ilmu untuk manfaat tempatan dan global, sejajar
dengan Hari Guru Sedunia UNESCO yang diraikan sejak 1994.
Sempena sambutan ini, Universiti Malaya telah menganjurkan
Sharing Session bertajuk “Pathway to a Successful Career:
Insights from Experience” yang dikendalikan oleh YBhg. Dato’
Profesor Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai
Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), bertempat di
Dewan Serbaguna, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UM pada
31 Oktober 2025. Majlis perasmian dan ucapan alu-aluan telah
disempurnakan oleh YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor
Azuan Abu Osman, Naib Canselor UM, dan turut dihadiri oleh
YBhg. Profesor Dr. Hasniza Zaman Huri, Timbalan Naib
Canselor (Akademik dan Antarabangsa). Pensyarah kanan dari
Akademi Pengajian Melayu (APM) iaitu Dr. Nurul Haniza
Samsudin, Dr. Juwairiah Osman, Dr. Mohamad Nortaufiq Nor
Hashim dan Dr. Ahmad Syafiq Amir Abdullah Zawawi turut hadir
bersama wakil akademik dari seluruh fakulti di UM. Sambutan ini
menegaskan bahawa kejayaan dalam dunia akademia menuntut
komitmen tinggi, ketajaman intelek, kecerdasan emosi serta
semangat gigih demi memastikan ekosistem ilmu terus
berkembang, seimbang dan bermanfaat kepada mahasiswa
serta masyarakat keseluruhannya.
182

