Page 3 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 3
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KATA ALU-ALUAN
DEKAN APM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya dengan penuh
rasa syukur mengucapkan tahniah atas penerbitan e-Buletin Akademi Pengajian Melayu
pada edisi 5, September-Oktober 2025. Buletin ini bukan sekadar wadah informasi, tetapi
juga cerminan kepada dinamik, komitmen dan kecemerlangan warga Akademi Pengajian
Melayu, UM dalam menggerakkan agenda ilmu, penyelidikan dan khidmat masyarakat.
Dalam era perubahan yang pantas, kita memerlukan budaya kerja yang berasaskan
inovasi, pemikiran kritikal dan kerjasama strategik. Saya amat berbangga melihat pelbagai
inisiatif yang telah dijalankan oleh pensyarah, staf dan para pelajar, yang jelas
memperkukuh kedudukan fakulti sebagai pusat kecemerlangan akademik dan peneraju
dalam bidang masing-masing.
Penerbitan buletin ini juga menjadi bukti bahawa komunikasi, perkongsian ilmu dan
penceritaan kejayaan adalah elemen penting dalam memperkukuh identiti dan reputasi
organisasi kita. Saya berharap buletin ini akan terus menjadi platform yang menyatukan
warga fakulti, memperluas jaringan, dan menyemarakkan semangat untuk terus maju.
Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
merealisasikan penerbitan ini. Semoga usaha murni ini terus diberkati dan memberi
manfaat kepada seluruh warga fakulti serta komuniti yang kita layani.
Sekian, terima kasih.
Prof. Madya Dr. Sabzali Musa Kahn
Dekan
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
TMBALAN DEKAN
(IJAZAH DASAR DAN HAL EHWAL PELAJAR)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Buletin Pengajian Melayu untuk
edisi 5, September- Oktober 2025 ini dapat diterbitkan sebagai wadah perkongsian
maklumat, ilmu, dan inspirasi. Penerbitan ini diusahakan bagi mengangkat suara serta
kegiatan warga kita, di samping mendokumentasikan pelbagai pencapaian, aktiviti, dan usaha
yang dilaksanakan sepanjang tempoh tertentu.
Buletin ini diharapkan dapat menjadi rujukan berguna serta medium komunikasi yang
berkesan antara pihak pengurusan, staf, dan pelajar. Melalui naskhah ini, kita bukan sahaja
dapat menelusuri perjalanan aktiviti yang telah berlangsung, tetapi juga memperkukuh
semangat kebersamaan dalam mendukung visi dan misi Akademi Pengajian Melayu,
Universiti Malaya. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan penerbitan ini, khususnya barisan editor, penulis, serta penyumbang idea
dan artikel. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada semua warga dan menjadi
pemangkin kepada penghasilan lebih banyak karya bermanfaat pada masa akan datang.
Sekian. Terima kasih.
Prof. Madya Dr. Tengku Intan Marlina Bt. Tengku Mohd Ali
Timbalan Dekan
Ijazah Dasar dan Hal Ehwal Pelajar
Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya 3

