Page 4 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 4
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
KONFERENSI INTERNASIONAL
PERADABAN MELAYU DUNIA 2025
Universitas Nasional (UNAS) dengan kerjasama
Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM)
Konferensi Internasional Peradaban Melayu Dunia 2025 (International
Conference on World Malay Civilization 2025) bertemakan
“Strengthening Cohesive Relations in Facing the Challenges of a New
World Civilization” telah berjaya dianjurkan oleh Universitas Nasional
(UNAS) dengan kerjasama Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti
Malaya (UM). Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan platform
perbincangan ilmiah dan strategik mengenai isu-isu serumpun
Nusantara dalam konteks cabaran global kontemporari.
Persidangan telah dirasmikan oleh,
YTh. Bapak Fadli Zon,
Menteri Kebudayaan Republik Indonesia
Dalam ucapan perasmian, beliau menekankan
kepentingan budaya dan identiti serumpun sebagai aset
strategik dalam menghadapi tekanan globalisasi. Beliau
turut menyampaikan Ucap Utama yang menjadi
pembuka wacana persidangan.
4

