Page 75 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 75
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
SIMPOSIUM ANTARABANGSA:
ASPIRASI BAHASA MELAYU
Simposium Antarabangsa: Aspirasi Bahasa Melayu ke-4 telah berlangsung
di Royale Chulan Kuala Lumpur pada Sabtu 11 Oktober 2025 (9.00 pagi –
10.45 malam), melibatkan 120 peserta terdiri daripada pelajar Akademi
Pengajian Melayu dan staf Universiti Malaya. Program ini dianjurkan
bersama Pertubuhan Aspirasi Bahasa Melayu Malaysia, IKK, Kursi
Pengajian Melayu dan Ketamadunan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob serta
Thai Global Business Administration Technological College (TGBC), dengan
kerjasama strategik pelbagai rakan serantau termasuk Pusat Kajian
Kecemerlangan Melayu (PKKM) Akademi Pengajian Melayu , ALTC,
RMUTT, Universitas PGRI Adi Buana Surabaya, UPM Press dan Pejabat
Urus Setia Perdana Menteri Malaysia Ke-9. Majlis ini turut dirasmikan oleh
Perdana Menteri ke-9, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, tokoh nasional yang
lantang memperjuangkan martabat Bahasa Melayu. Simposium ini menjadi
wadah memperkukuh Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan,
serta memperluas jaringan kerjasama serantau dan antarabangsa.
75

