Page 77 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 77

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU



              JOHAN DALAM PROGRAM PEMBINAAN BAKAT

                SISWA 2025, ANJURAN DEWAN BAHASA DAN

                     PUSTAKA (DBP) DENGAN KERJASAMA
                   KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)




           Sekalung         penghargaan           dan     tahniah       diucapkan         kepada
           Saudari Nurul Aina Najwa binti Ali Asra, pelajar Tahun 3,
           Program Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu

           (APM), Universiti Malaya (UM). Beliau mendapat tempat
           pertama dalam Program Pembinaan Bakat Siswa 2025,

           anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama
           Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Majlis penyampaian
           hadiah telah berlangsung pada 16 Oktober 2025 di Universiti

           Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Kajian beliau yang
           bertajuk “Realisme Sosial dalam Daerah Beta karya Azizi Haji

           Abdullah daripada Perspektif Teori Sosiologi Sastera” bawah
           penyeliaan pensyarah, Dr. Nurhanis Sahiddan. Moga kejayaan
           ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain.
































































                                                                                                  77
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82