Page 81 - Bulletin_APM_Sept_Okt2025
P. 81
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA SEMINAR
ANTARABANGSA KESUSASTERAAN DAN
PENGAJIAN MELAYU (SAKPM 2025)
Majlis makan malam sempena Seminar Antarabangsa Kesusasteraan
dan Pengajian Melayu (SAKPM 2025). Anjuran Program Kesusasteraan
Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (APM UM) dan
Universitas Sebelas Maret (UNS) di Restoran Kantan, Kota Damansara.
Suasana penuh keakraban dan ceria mewarnai majlis makan malam
antara APM dan UNS. Majlis ini bukan sekadar menjamu selera, tetapi
menjadi jambatan hati dan ilmu yang mengeratkan hubungan dua
institusi serumpun. Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis
penuh bermakna ini. Semoga ukhuwah ini terus mekar dan kita
dipertemukan lagi pada tahun hadapan di Universitas 11 Maret,
Surakarta, Indonesia.
81

