Page 25 - Pelan Strategik ICT
P. 25

2011 - 2013             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)




           PELAN STRATEGIK 1


           MEMBANGUN INFRASTRUKTUR DAN PERKHIDMATAN ICT YANG BERDAYA TAHAN DAN TERKINI
           UNTUK MENYOKONG PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENYELIDIKAN DI UNIVERSITI


           Teknologi  maklumat  (ICT),  khususnya  Infrastruktur  dan  Perkhidmatan  ICT  adalah  wahana  yang
           penting  dalam  membantu  Universiti  Malaya  mencapai  wawasan  untuk  menjadi  peneraju  dalam
           penyelidikan dan inovasi.


           Infrastruktur ICT yang mempunyai daya tahan, kebolehpercayaan dan tahap keselamatan yang tinggi
           dapat  menyokong  perkhidmatan-perkhidmatan  dalam  talian  yang  dibangunkan  oleh  Universiti
           Malaya agar boleh dicapai secara global dan seterusnya meningkatkan produktiviti.


           Perancangan teliti amat diperlukan untuk merealisasikan projek-projek berkaitan infrastruktur bagi
           tempoh tiga tahun kehadapan agar selaras dengan wawasan Universiti Malaya dan dapat memenuhi
           skop  yang  menyeluruh,  mempunyai  daya  tahan  yang  tinggi  terhadap  peningkatan  permintaan
           pengguna dan kemungkinan serangan siber dan bencana .

           Oleh itu, Infrastruktur berikut telah dirancang:


                •   Menaiktaraf infrastruktur rangkaian termasuk rangkaian tanpa wayar ( wireless)
                •   Mempertingkatkan kemudahan pusat data bagi menyokong sistem aplikasi yang menyokong
                   pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di Universiti Malaya
                •   Menyediakan kemudahan pemulihan bencana yang efektif
                •   Memastikan kebolehupayaan infrastruktur berada pada tahap paling memuaskan melalui
                   sistem pemantauan keselamatan berpusat








































                                                           23
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30