Page 30 - Pelan Strategik ICT
P. 30
2011 - 2013 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)
PELAN STRATEGIK 2
MEMPERKASAKAN ICT UNTUK MEMBANGUNKAN KOMUNITI BERILMU
Pembangunan komuniti berilmu merupakan aset penting bagi sesebuah organisasi pembelajaran &
penyelidikan seperti Universiti Malaya. Dalam memperkasakan ICT, pengaplikasian dan penggunaan
teknologi ICT menggunakan teknologi terkini secara inovatif dan kreatif akan dapat membantu
membina identiti serta membangunkan landasan interaksi yang kukuh di antara sesama entiti
dalaman yang akhirnya menyokong misi strategik UM dalam usaha mencapai status Universiti
Penyelidikan yang disegani di peringkat global.
Pelan Strategik ini dapat dilaksanakan menggunakan kaedah penggunaan teknologi terkini & mudah
diselenggara, perkhidmatan ICT yang berinovasi dan berteraskan web dan persekitaran tanpa kertas.
A. Teknologi terkini dan mudah diselenggara
Menyedia pelbagai jenis portal integratif melalui pengaplikasian pelbagai jenis teknologi ICT dalam
menghasilkan penyelesaian ICT bersepadu bagi menyokong budaya kolaborasi yang menepati
keperluan semasa misi strategik organisasi UM. Penyediaan Laman/Portal integratif UM
menggunakan teknologi terkini membolehkan komuniti UM mendapatkan maklumat terkini
secara pantas. Selain itu, fungsian seamless integration antara sistem membolehkan capaian
maklumat secara berterusan dengan downtime yang minima.
B. Perkhidmatan ICT yang berinovasi dan berteraskan web
Mewujudkan platform bersepadu berteraskan web untuk menyokong pelbagai jenis aktiviti
pembelajaran , pengajaran dan pentadbiran merentasi pelbagai fungsi pentadbiran dan proses
kerja serta menggalakkan aktiviti perkongsian ilmu dan maklumat sebagai contoh eLearning,
web content management - ccm edi , eprocurement, umportal, umnews ,umexpert dan sebagainya.
Perlaksanaan aplikasi yang berteraskan web membolehkan capaian dan perkongsian maklumat
secara terus. Justeru, ini dapat membantu proses membuat keputusan yang tepat oleh komuniti UM.
C. Persekitaran tanpa kertas
Menyediakan platform Electronic Document Management System (EDMS) bagi menyokong serta
mendorong usaha organisasi ke arah mewujudkan persekitaran kerja ‘paperless’ serta
menggalakkan kemudahan perkongsian maklumat dan ilmu pengetahuan melalui landasan
capaian bersepadu dan interaktif. EDMS juga dapat menggalakkan kolaborasi dan melancarkan
proses pengurusan maklumat intelek.
28