Page 35 - Pelan Strategik ICT
P. 35

2011 - 2013             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)



          PELAN STRATEGIK 3


          MENINGKATKAN DAN MENGINOVASIKAN KEMUDAHAN ICT UNTUK MENYOKONG TERAS
          UNIVERSITI

          Pusat Teknologi Maklumat adalah peneraju pelaksanaan pelan strategik ICT Universiti dan sentiasa
          ingin  memberikan  perkhidmatan  yang  terbaik,  sejajar  dengan  tranformasi  ICT  nasional.  Pelan
          Strategik  ini  dirangka  bagi  memberi  sokongan  padu  kepada  teras  Universiti  dalam  peningkatan
          dan inovasi kemudahan ICT  bagi  membina infrastruktur  dan  penyelenggaran  ICT yang  kukuh ser-
          ta  mewujudkan  tadbir  urus  yang  cekap  dan  berkualiti  selaras  dengan  visi  dan  misi    Universiti.

          Memberi  perkhidmatan  ‘helpdesk’  bagi  tadbir  urus  bantuan  kepada  pengguna  kemudahan
          infrastruktur  ICT  serta  memberi  sokongan  dan  bantuan  teknikal  yang  terbaik  dan  cekap  dalam
          permasalahan  berkaitan  ICT.  Justeru,  meningkatkan  kecekapan,  keberkesanan  dan  produktiviti
          kerja serta kesedaran dan keupayaan tentang penggunaan ICT dikalangan warga kampus.

          Pelan  strategik  ini  akan  meningkatkan  perhubungan  komunikasi  secara  elektronik  di  kalangan
          kakitangan  dan  pelajar  dengan  menggunakan  teknologi  yang  terkini  dan  terbukti  lebih  efisien.
          Perkhidmatan multimedia disediakan untuk pembangunan kandungan digital bagi e-Pembelajaran
          mengikut tahap yang diperlukan oleh Universiti.

          Bagi pelan strategik meningkatkan dan menginovasikan kemudahan ICT untuk menyokong teras
          Universiti, Pusat Teknologi Maklumat mengenalpasti beberapa projek ICT yang melibatkan aspek-
          aspek  seperti  personel,  proses  kerja  dan  sistem  yang  akan  membantu  memastikan  Universiti
          Malaya terus unggul.











































                                                           33
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40