Page 38 - Pelan Strategik ICT
P. 38

2011 - 2013             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)



           PELAN STRATEGIK 4


           MENERAPKAN BUDAYA ICT DI KALANGAN KOMUNITI UNIVERSITI


           Kesedaran ICT merangkumi pengetahuan mengenai kewujudan dan kepentingan peralatan ICT dan
           penggunaannya  bagi  meningkatkan  produktiviti  dan  efisiensi  dalam  semua  aspek  urusan
           perkhidmatan organisasi.


           Proses  pembudayaan  secara  berterusan  akan  dapat  dicapai  menerusi  program-program  promosi
           secara berkala yang merangkumi aktiviti seminar / kursus/ latihan berkaitan penggunaan perisian /
           penggunaan  aplikasi  dan  sistem  dan  juga  perkakasan  ICT;  disamping  penyebaran  maklumat
           melalui  sumber  media  elektronik  seperti  laman  web  dan  buletin  berkaitan  perkhidmatan  ICT.


           Oleh itu usaha menerapkan pembudayaan penggunaan ICT dalam semua urusan organisasi akan
           dilaksanakan menerusi aktiviti-aktiviti berikut secara berperingkat:

                • Menyediakan kemudahan persekitaran ICT yang kondusif di UM


                  Persekitaran  ICT  yang  kondusif  adalah  meliputi  persekitaran  yang  mesra  pengguna
                  dan  infrastruktur  yang  berkualiti.  Pihak  PTM  dari  masa  ke  semasa  akan  meningkatkan
                  kemudahan makmal komputer, menyediakan peralatan ICT yang canggih dan menambahbaik
                  kemudahan  rangkaian.  Usaha  ini  akan  meningkatkan  kadar  penglibatan  pengguna  dalam
                  penggunaan ICT dan memastikan agar perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disediakan
                  digunakan  sepenuhnya  secara  kos  efektif  bagi  membantu  meningkatkan  produktiviti
                  organisasi.

                • Menyediakan  kursus  ICT  yang  mencukupi  dan  peluang  untuk  proses  pembelajaran


                  Pihak  PTM  akan  memastikan  penganjuran  kursus  ICT    adalah  mencukupi  untuk  keperluan
                  staf  UM  secara  keseluruhan.  Pembelajaran  mengikut  bidang-bidang  tertentu  dirangka
                  dan  dirancang  untuk  melatih  staf  UM  dalam  bidang  ICT.  Bidang-bidang  berkenaan
                  adalah meliputi pengukuhan dan penyelenggaraan komputer, keselamatan ICT, penggunaan
                  perisian komputer, penggunaan web aplikasi dan bahasa pengaturcaraan  dan pengoperasian
                  sistem.

                • Membudayakan penggunaan ICT dalam proses kerja


                  Mengautomasi  kebanyakan  proses  kerja  adalah  kepelbagaian  penyelesaian  ICT  sebagai
                  alternatif  kepada  penyelesaian  yang  menjadi  kebiasaan.  Usaha  ke  arah  ini  diharapkan
                  akan  dapat  membantu  dari  aspek  membudayakan  aktiviti  inovasi  dan  pengurangan  kos
                  samada  dalam  urusan  penyediaan  perkhidmatan  dalam  urusan  organisasi  mahupun
                  aktiviti  pengajaran,pembelajaran  dan  juga  penyelidikan.  Dengan  penggunaan  ICT  secara
                  berterusan,  pengautomasian/penyelesaian  ICT  akan  menjadi  kebiasaan  dalam  kehidupan.
                  Justeru,  pembudayaan  ICT  akan  menjdi  satu  keperluan  untuk  meningkatkan  produktiviti
                  organisasi.







                                                          36
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43