Page 42 - Pelan Strategik ICT
P. 42

2011 - 2013             PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT (ICT STRATEGIC PLAN)



           PELAN STRATEGIK 5


           MENYEDIAKAN PERSEKITARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI YANG BERINTEGRASI
           UNTUK UNIVERSITI

           Maklumat  merupakan  aset  strategik  sesebuah  organisasi.  Justeru  ia  perlu  diurus  sebaiknya.
           Dengan jumlah maklumat yang begitu banyak di Univeristi, ia  hanya boleh diurus dengan cekap
           melalui  pengaplikasian  teknologi  maklumat  (IT).  Pengkomputeran  proses-proses  utama  Universiti
           membolehkan  maklumat  disimpan  dan  dicapai  dengan  mudah  dan  cepat    selain    mengurangkan
           karenah birokrasi  yang seringkali melambatkan tindakan dalam dunia serba pantas dan kompetitif.
           Ditambah  dengan  penggunaan  gajet  elektronik  yang  terkini,  maklumat  benar-benar  berada  di
           hujung jari dan ia tentunya memberi kelebihan kepada Universiti.


           Sehingga  kini  beberapa  bahagian  di  PTM  yang  dipertanggungjawabkan  mengotomasi  proses-
           proses utama Universiti telah membangunkan banyak sistem maklumat.  Namun begitu ketiadaan
           pelan  strategik  menyeluruh  yang  menjadi  panduan  kepada  pembangunan  ini  menyebabkan
           sistem  maklumat  dibangunkan  secara  ad-hoc  dan  dalam  keadaan  tertentu,  terasing(isolated).
           Keterasingan ini menyebabkan maklumat sama disimpan di beberapa tempat yang kemudiannya
           menjurus  kepada  isu  data  yang  tidak  konsisten.  Selain  dari  itu,  tiada  keutamaan  projek
           (project prioritization) menyebabkan pembangunan sistem dilakukan  dalam keadaan terburu-buru
           yang akhirnya menjejaskan kualiti sistem.


           Justeru Pelan Strategik 5 :


                •    Menggariskan projek-projek yang dibangunkan untuk tempoh sehingga 2013
                •    Mengenalpasti sistem-sistem legasi yang perlu diintegrasi


           Di bawah strategi  ini, antara projek di dalam perancangan ialah pembangunan portal tunggal  untuk
           komuniti  kampus,  pengkomputeran  proses  utama  secara  end-to-end  dan  penyediaan  Business
           Intelligence Tool untuk pihak pengurusan.


































                                                           40
   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46