Page 29 - Pelan Strategik ICT
P. 29

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT                                   2015 - 2017
            2015 - 2017             PUSATTEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT





        PELAN STRATEGIK 1


        MEMBANGUN  INFRASTRUKTUR  DAN  PERKHIDMATAN  ICT  YANG  MAMPAN  DAN  TERKEDEPAN

        Infrastruktur  ICT  merupakan  elemen  asas  dalam  sesuatu  perkhidmatan  ICT.  Kebergantungan  banyak

        pihak  terhadap  ICT  menjadi  pemangkin  kepada  perlunya  satu  infrastruktur  yang  mantap  dan  boleh
        dipercayai. Infrastruktur berprestasi rendah dan tidak boleh dipercayai akan menjejaskan produktiviti dan
        sasaran Universiti untuk mencapai taraf terbaik dalam pelbagai bidang.


        Hal berkaitan keselamatan infrastruktur juga perlu dititikberatkan. Kelemahan tahap keselamatan akan
        menghakis kepercayaan komuniti dan mendedahkah Universiti kepada risiko-risiko yang tidak diingini.

        Justeru, Infrastruktur ICT yang mempunyai daya tahan (resilient), kebolehpercayaan, tahap keselamatan

        yang  tinggi  dan  scalable  amat  diperlukan  bagi  menyokong  aktiviti  pembelajaran,  pengajaran,
        penyelidikan serta perkhidmatan-perkhidmatan dalam talian yang dibangunkan oleh  Universiti Malaya,
        seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan Universiti.

        Sehubungan dengan, perancangan teliti amat diperlukan untuk merealisasikan projek-projek berkaitan
        infrastruktur.  Secara  umumnya,  berikut  adalah  penekanan  terhadap  infrastruktur  ICT  untuk  tempoh  3
        tahun akan datang :

        •   Menaiktaraf  dan  merekabentuk  semula  infrastruktur  rangkaian  termasuk  rangkaian  tanpa  wayar
           (wireless) agar lebih berdaya tahan, berprestasi tinggi dan scalable.


        •     Mempertingkatkan kemudahan  pusat  data  bagi  menyokong  sistem  aplikasi  yang  menyokong
           pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran  Universiti Malaya


        •    Memantapkan keselamatan infrastruktur ICT melalui penyediaan teknologi dan penggubalan polisi.































                                                           27
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34