Page 34 - Pelan Strategik ICT
P. 34
2015 - 2017 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
2015 - 2017 PUSATTEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
PELAN STRATEGIK 2
MEMPERKASA ICT UNTUK MEMBANGUNKAN KOMUNITI BERILMU
A. Pengurusan Ilmu Pengetahuan
Maklumat dan ilmu pengetahuan sentiasa berkembang pada kadar yang sangat pesat. Oleh itu, kedua-
dua komponen tersebut perlu diuruskan dengan efektif supaya kita beroleh manfaat daripadanya.
Pengurusan Ilmu Pengetahuan (KM) bukanlah satu perkara baru, malahan ia sudah menjadi amalan sejak
beberapa dekad. Ia merupakan satu bidang disiplin yang menggalakkan pendekatan bersepadu untuk
mengenal pasti, mengumpul, menilai, mendapatkan semula dan berkongsi semua aset maklumat dalam
sesuatu organisasi. Aset-aset ini termasuklah pangkalan data, dokumen, dasar, prosedur dan kepakaran
serta pengalaman staf yang tidak direkodkan sebelum ini.
‘Ilmu adalah Raja’ merupakan satu frasa kebijaksanaan yang diterima umum, jadi bagaimana UM sebagai
sebuah organisasi, menjadi inovatif dalam pengurusan ilmu pengetahuan?
Sebagaimana sebelum pengurusan ilmu pengetahuan menjadi semakin penting, UM perlu membuat
pelaburan dan menyemai pertumbuhan dalam bidang ini. Sistem pengurusan ilmu pengetahuan
digunakan untuk menguruskan jurnal, penerbitan dan maklumat lain yang ada di Universiti. Universiti
juga telah membuat pelaburan untuk memperoleh Sistem Pengurusan Dokumen bagi menguruskan
semua dokumen penting di kampus. Pada masa ini, UM menggunakan kombinasi kaedah tradisional dan
juga moden untuk menguruskan semua maklumat.
Untuk tujuan perkongsian ilmu, UM kini menggunakan platform MS Share Point dan juga Google Drive.
Dengan itu, staf yang berpengetahuan dapat bekerjasama dan berkongsi dokumen dengan mudah
menggunakan kedua-dua sistem ini.
Untuk mengurus pengetahuan pakar di kampus, UM telah membangunkan sistem tersendiri yang
dikenali sebagai UMExpert. Sistem ini membolehkan maklumat penyelidikan dikumpul, dikongsi dan
diagihkan kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Ilmu pengetahuan yang dihasilkan di UM
(contohnya penerbitan) direkod dan disimpan di dalam sistem ini. Sesiapa sahaja boleh mencari dan
menjejak pakar-pakar dalam bidang tertentu menggunakan sistem ini.
Untuk keperluan teknikal, UM telah membangunkan Sistem Helpdesk tersendiri yang mampu
mengumpul kaedah yang diambil untuk menyelesaikan masalah-masalah teknikal. Setelah berjaya
menyelesaikan masalah teknikal yang dilaporkan oleh pengguna, semua kaedah penyelesaian yang
digunakan akan dikemaskini oleh juruteknik ke dalam sistem. Dengan itu, pengetahuan ini kemudiannya
boleh dikongsi dengan staf teknikal yang lain.
Pengurusan Ilmu Pengetahuan merupakan satu era baru secara relatifnya. UM akan terus meneroka cara
baru untuk mempertingkatkan lagi sistem pengurusan ilmu pengetahuan di UM. Pada masa ini, PTM
sedang berusaha membangunkan platform untuk mendokong keperluan Big Data Analytics untuk
menyediakan dan mengukuhkan lagi perkembangan ilmu pengetahuan dalam era moden.
32