Page 39 - Pelan Strategik ICT
P. 39
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT 2015 - 2017
2015 - 2017 PUSATTEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
PELAN STRATEGIK 3
MENINGKATKAN DAN MENGINOVASIKAN PERKHIDMATAN ICT UM
Peningkatan inovasi dan perkhidmatan ICT dalam sektor awam adalah salah satu aspek
yangsentiasa diberi penekanan oleh Kerajaan Malaysia di bawah Sistem Inovasi National yang diterajui
oleh MOSTI. Sejajar dengan objektif MOSTI, PTM telah merangka pelan strategik untuk memastikan
perkhidmatan ICT di UM sentiasa meningkat ke arah inovasi yang baru. Pelan strategik ini dapat
menjamin agar kakitangan dan pelajar-pelajar UM akan sentiasa mendapat perkhidmatan ICT yang
terbaik dan operasi harian universiti dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan efisyen.
Secara amnya, pelan strategik ini memberi tumpuan kepada 3 perkara utama dalam tempoh 3 tahun
akan datang seperti berikut:-
Pengkomputeran Mudah Alih –
Pelan strategik yang pertama akan memberi penekanan kepada
pengkomputeran mudahalih supaya dapat memastikan semua
sistem utama di UM boleh dicapai melalui peralatan mudah alih.
PTM perlu membuat persediaan untuk menampung keperluan
pengguna peralatan mudah alih yang semakin meningkat dan
memenuhi kehendak pengguna yang perlu mencapai sistem-sistem
tanpa mengira masa dan tempat.
Justeru, modul-modul yang sentiasa digunakan oleh pelajar dan
kakitangan seperti semakan markah, jadual kuliah, keputusan
peperiksaan, kelulusan daripada sumber manusia akan dibangunkan
semula untuk menyokong pelbagai jenis peralatan mudah alih.
37