Page 44 - Pelan Strategik ICT
P. 44
2015 - 2017 PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
2015 - 2017 PUSATTEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
PELAN STRATEGIK 4
MENERAPKAN BUDAYA ICT HIJAU DI KALANGAN WARGA UNIVERSITI
Sejak sekian lama PTM giat menjalankan usaha-usaha menerapkan pembudayaan ICT Hijau dalam semua
aplikasi ICT. Ini adalah sebagai menyambut seruan Dasar Teknologi Hijau Negara yang
diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia Keenam
pada 24 Julai 2009.
Pihak MAMPU telah mengeluarkan Garis Panduan Penggunaan ICT Ke Arah ICT Hijau dalam
Perkhidmatan Awam pada 3 Ogos 2010. Mengikut garis panduan ini Teknologi Hijau merujuk kepada
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan server dan sistem untuk memulihara alam sekitar dan
sumber semula jadi. Ia juga mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. ICT Hijau
merujuk kepada amalan pengeluaran, penggunaan dan pelupusan komputer, pelayan server serta alat-
alat aksesori komputer seperti monitor, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan
efektif yang memberi kesan yang minima atau tiada kesan ke atas alam sekitar. Dengan ini
penggunaaan bahan berbahaya dapat dikurangkan, tenaga elektrik dapat dijimatkan dan jangkahayat
penggunaan produk ICT dapat dipanjangkan.
Beberapa usaha penghijauan telah berjaya dilaksanakan:
• Penggunaan e-mel sebagai media komunikasi yang cekap, pantas dan menjimatkan kertas.
• Penggunaan network printer untuk menghadkan penggunaan kertas bagi tujuan kritikal
sahaja disamping mengoptimakan toner.
Kedua-dua usaha Ini telah membantu mempercepatkan perlaksanaan Paperless Government secara
berperingkat yang telah dapat mengurangkan penggunaan kertas untuk dokumentasi, panggilan
mesyuarat, memo dan pekeliling.
Dengan mengamalkan Budaya ICT Hijau warga UM dapat mengaplikasikan amalan terbaik (bestpractice)
dalam penggunaan perkhidmatan dan perkakasan ICT seperti berikut:
• Membuat perolehan ke atas produk ICT yang mendapat pengiktirafan Hijau, eco-friendly
dan mempunyai rating energy-star
• Mengamalkan konsep memaksimakan penggunaan sumber secara perkongsian dan
terpusat; contohnya penggunaan teknologi virtualisasi.
• Menerapkan prinsip pengurangan (reduce), penggunaan semula (reuse) dan kitar semula
(recycle) dalam aktiviti harian menggunakan peralatan ICT.
• Mengamalkan proses pelupusan mengikut tatacara yang mementingkan pemeliharan dan
pemuliharaan alam sekitar.
• Menggalakkan penggunaan perkakasan ICT secara berhemah dengan mengamalkan
penggunaan screen-saver, standby-mode untuk monitor dan menutup PC selepas waktu
pejabat atau jika tidak perlu digunakan untuk tempoh masa yang panjang.
• Menggalak dan meningkatkan penggunaan perkhidmatan online yang dapat
meningkatkan produktiviti, contohnya perkhidmatan helpdesk dan e-procurement.
• Pengadu masalah ICT tidak perlu hadir ke kaunter secara fizikal untuk membuat aduan.
• Selain itu aduan dapat dikumpulkan, dijejak, diselesaikan dan didokumenkan (untuk
kegunaan pengurusan ilmu pengetahuan) dengan lebih sistematik dan produktif.
42