Page 49 - Pelan Strategik ICT
P. 49
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT 2015 - 2017
2015 - 2017 PUSATTEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
PELAN STRATEGIK 5
MEMBANGUN PERSEKITARAN DAN CITARASA KEHIDUPAN KAMPUS YANG CANGGIH
Big Data dipercayai bakal menjadi gelombang kelima dalam revolusi teknologi, yang terbina daripada
empat revolusi yang pertama, iaitu era kerangka utama; era komputer peribadi (PC), era Internet dan
Web1.0 dan yang terkini era mudah alih dan web2.0. Sepertimana empat peringkat revolusi teknologi
sebelum ini, Big data dijangka akan menjadi pemimpin kepada peningkatan produktiviti.
Organisasi pada masa kini mula mengumpul jumlah urus niaga, e-mel, laporan, video, dan data geolokasi.
Menurut IDC 2012 kajian APeJ Big Data Pulse, purata 39% organisasi tidak menganalisis set keseluruhan
data yang dikumpul. Kebanyakan organisasi tahu apa yang mereka mahu lakukan, tetapi buntu untuk
melaksanakannya.
Realiti yang dihadapi oleh semua organisasi adalah tekanan kompetitif. Berdasarkan kajian IDC pada
tahun 2012, organisasi yang menggunakan analisis sebagai sebahagian daripada proses pembuatan
keputusan mereka adalah dua kali lebih berkemungkinan untuk mendapat kelebihan kompetitif
berbanding rakan-rakan mereka.
Objektif utama inisiatif Big Data di UM adalah seperti berikut:
• Membolehkan penyimpanan data bersaiz besar menggunakan platform Hadoop Distributed
File System (HDFS).
• Mempercepatkan proses menganalisis data log bersaiz besar yang dikumpul dari pelbagai
aset ICT untuk tujuan forensik dan pembuatan keputusan.
• Memanfaatkan pengumpulan data ‘Internet of Things’.
47