Page 45 - Pelan Strategik ICT
P. 45
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT 2015 - 2017
2015 - 2017 PUSATTEKNOLOGI MAKLUMAT - PELAN STRATEGIK ICT
Untuk peningkatan, usaha-usaha berikut juga diteruskan bagi:
• Menjalankan penyelidikan ke atas penggunaan teknologi Thin Client, Virtual Desktop dan
sebagainya yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan seterusnya
menjimatkan kos penyelenggaraan.
• Menggalak dan meningkatkan penggunaan perkhidmatan video conferencing dan media
baru yang dapat mengurangkan perjumpaan secara fizikal.
• Mempromosikan konsep memaksimakan penggunaan sumber secara perkongsian dalam
talian, ; contohnya penggunaan teknologi cloud.
• Memberi lebih kuasa (empower) kepada pengguna untuk pemilikan aset digital melalui
pendekatan BYOD.
• Menjalankan penyelidikan ke atas teknologi Voice-over-IP yang dapat menjimatkan kos bil
telefon dan pelaburan ke atas alat komunikasi.
• Menjalankan penyelidikan ke atas Internet-of-Things dengan merangkai pelbagai peralatan
ICT dan sensor-sensor yang boleh membantu pihak pengurusan untuk mendapat
visual yang lebih baik ke atas aset-aset dan infrastruktur UM seperti energy control systems,
• Environmental monitoring system untuk bangunan-bangunan dan hal-hal yang berkaitan.
Penerapan Budaya ICT Hijau dalam kalangan warga kampus Universiti diharap akan menyumbang
kepada pencapaian objektif DasarTeknologi Hijau Negara dengan cara:
• Memastikan projek ICT selari dengan hasrat pembangunan yang mampan seperti
yangdikehendaki oleh kerajaan Malaysia.
• Mengurangkan penggunaan tenaga dan meningkatkan produktiviti .menggalakkan
perkembangan Industri Teknologi Hijau.
• Meningkatkan sumbangan Teknologi Hijau terhadap ekonomi negara.
• Meningkatkan pendidikan dan kesedaran.
• Meningkatkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan online.
• Meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Oleh itu usaha-usaha menerapkan pembudayaan ICT Hijau dalam semua urusan organisasi akan
dilaksanakan menerusi aktiviti-aktiviti berikut yang telah dirancangkan:
• Pembangunan Polisi ICT Hijau.
• PenggunaanTeknologi Cloud dan Thin Client untuk penggunaan sumber yang lebih baik
• Penggunaan Internet-of-Things untuk visual dan pemantauan aset yang lebih baik
• Pengurangan sisa berbahaya
• Penggunaan teknologi yang boleh meningkatkan produktiviti
43