Page 2 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 2
UCAPAN KATA ALU-ALUAN PENGARAH
PROFESOR DATO’ DR. MOHD YAKUB @ZULKIFLI BIN MOHD
YUSOFF
Saya mewakili warga Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan datang dan tahniah kepada
semua pelajar baru Ijazah Tinggi di atas kejayaan melanjutkan pengajian di peringkat
pascasiswazah. Pemilihan saudara/i untuk menyambung pengajian di peringkat ini
adalah sesuatu yang bermakna dalam proses pembinaan karier dan pemantapan ilmu
serta kepakaran masing-masing. Oleh yang demikian pihak Akademi akan berusaha
memastikan prestasi dan potensi saudara/i akan dikembangkan melalui pengajian
yang berkualiti, bermutu serta setanding dengan piawai antarabangsa dari segi mutu
pengajian, penyelidikan dan pengembangan intelektual.
Sepertimana yang kita fahami pembelajaran adalah satu proses untuk
membentuk dan memperkembangkan kognitif, sikap dan kemahiran para pelajar. Di
peringkat pascasarjana ini sudah tentu tahap yang perlu dicapai lebih tinggi dari
peringkat sarjana muda. Calon-calon perlu bersedia untuk menggunakan pemikiran di
peringkat yang lebih tinggi bagi melakukan analisis, sintesis dan penilaian terhadap
sesuatu data. Calon-calon perlu lebih kritis dan sudah berupaya melihat sesuatu isu
itu melalui pelbagai sudut serta lebih terbuka kepada kepelbagaian pandangan
sebelum sampai kepada sesuatu rumusan. Perasaan ingin mengetahui, minat untuk
mengkaji dan sentiasa berfikir dengan betul adalah antara asas penting untuk menjadi
2