Page 3 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 3
sarjana yang baik. Keinginan untuk mendalami sesuatu ini kemudiannya akan
dilengkapkan dengan kaedah penyelidikan yang betul supaya hasilnya menepati dasar
ilmu yang bermanfaat.
Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan, Universiti Malaya memberikan fokus
utama kepada aktiviti penyelidikan dan penerbitan. Untuk tujuan tersebut prasarana
yang mencukupi seperti perpustakaan dan makmal komputer disediakan. Bagi calon
yang layak, geran penyelidikan juga diperuntukkan. Calon-calon yang mempunyai
daya saing yang tinggi dan berdedikasi akan mendapati bahawa Universiti ini adalah
tempat yang sangat kondusif untuk memperkembangkan intelektual mereka. Sila
ambil peduli terhadap syarat serahan tesis/disertasi agar tidak terganggu proses
pemeriksaan. Di mana banyak proses terganggu akibat pelajar tidak mengambil
peduli mengenai peraturan pengajian. Pada masa yang sama ramai pula pelajar yang
gagal menghabiskan pengajian disebabkan gagal menulis tesis setelah semua subjek
berjaya dipelajari.
Akhirnya, sukacita saya merakamkan penghargaan kepada semua staf Bahagian
Ijazah Tinggi APIUM kerana berjaya menyediakan Buku Panduan Ijazah Tinggi sesi
2018/2019. Saya percaya buku panduan ini amat berguna untuk dijadikan panduan
kepada calon-calon pascasiswazah untuk menguruskan pengajian mereka sepanjang
berada di APIUM.
Saya menyeru kepada semua pelajar agar kerap berhubung dengan pejabat
Ijazah Tinggi bagi mengenalpasti masalah yang boleh di selesaikan lebih awal dan
tidak berlarutan sehingga hujung semester.
Sekian, terima kasih, Wassalam.
PROFESOR DATO’ DR. MOHD YAKUB @ ZULKIFLI BIN MOHD YUSOFF
Pengarah
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya
3