Page 8 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 8
2. Pentadbiran
Pentadbiran Akademi Pengajian Islam dilaksanakan di dua tempat, iaitu di kampus
utama Universiti Malaya Kuala Lumpur dan di kampus cawangan Akademi
Pengajian Islam di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan.
Di kampus utama pentadbiran dilaksanakan melalui tiga komponen utama, iaitu
Bahagian Ijazah Tinggi, Bahagian Ijazah Dasar dan Bahagian Pembangunan dan
Penyelidikan. Sementara di kampus cawangan di Nilam Puri, tumpuan diberikan
kepada program-program pra ijazah dalam bentuk pusat asasi Pengajian Islam
dalam beberapa bidang.
Setiap bahagian pentadbiran di kampus utama diketuai oleh seorang Timbalan
Pengarah, sementara di kampus cawangan Nilam Puri diketuai oleh seorang
Timbalan Pengarah yang bertanggungjawab kepada Pengarah Akademi.
Bagi memperkukuhkan pentadbiran akademik di Akademi Pengajian Islam ini,
sembilan jabatan dan tiga program telah ditubuhkan. Jabatan-jabatan dan program-
program tersebut adalah seperti berikut:
(1) Jabatan Fiqh dan Usul
(2) Jabatan Syariah dan Undang-undang
(3) Jabatan Syariah dan Ekonomi
(4) Jabatan Syariah dan Pengurusan
(5) Jabatan Siasah Syar’iyyah
(6) Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
(7) Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith
(8) Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam
(9) Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan
(10) Program Pendidikan Islam
(11) Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam
(12) Program Astronomi Islam
(13) Program Minor Pengajian Islam
3. Program Pengijazahan dan Pengkhususan
Akademi Pengajian Islam menawarkan program pengijazahan dan pengkhususan
seperti berikut:
(1) Program Asasi dengan pengkhususan seperti berikut:
(a) Asasi Pengajian Islam
(b) Asasi Pengajian Islam dan Sains
8