Page 214 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 214
Kemahiran Insaniah:
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT5
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL3
3. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM3
TERAS PROGRAM [12 KREDIT]
IOI7001 Isu-isu Fiqh Dakwah
Kursus ini membincangkan isu-isu dakwah iaitu kefahaman tentang keperluan
dakwah, fiqh jihad masa kini, salah faham terhadap Islam, isu-isu dalam metodologi
dakwah, psikologi dakwah, fiqh awlawiyyat dakwah, masalah dakwah dan fiqh strategi
dakwah kini..
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab
Hasil Pembelajaran:
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan secara kritikal isu-isu terkini yang timbul dalam masyarakat
tentang dakwah. [C5, P4, A4]
2. Menguasai metode dakwah yang sesuai dan strategi untuk menarik kumpulan
sasar. [C5, P4, A4]
3. Menganalisis keperluan dakwah kini terhadap kumpulan sasar yang
pelbagai. [C5, P4, A4]
Rujukan Utama:
1. Jum'ah Amin Abdul Aziz (2011), Fiqih Dakwah. Abdus Salam Masykur (terj.),
Surakarta: Era Adicitra Intermedia.
2. Ab Aziz Mohd Zin (2012), Strategi Dakwah Dalam Sirah Nabi SAW, Kuala
Lumpur: Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, APIUM.
3. Ruzain Syukur Mansor (2011), Dakwah dan Teknologi Maklumat, Putrajaya:
JAKIM
4. Ab. Aziz Mohd. Zin (2006), Dakwah Islam Di Malaysia, Penerbit, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur
214