Page 217 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 217

ELEKTIF (4 KREDIT)

                   IOF7001  Karya Akidah dan Pemikiran Islam

                   Kursus ini membincangkan tema-tema utama karya akidah dan pemikiran Islam yang
                   mencakupi beberapa sub bidang utama seperti ilmu kalam, falsafah, tasawuf dan
                   perbandingan  agama.  Kandungan  dan  metodologi  penulisan  teks  serta  aliran
                   pemikiran pengarangnya akan dikupas sesuai dengan perkembangan semasa dalam
                   bidang-bidang  tersebut.  Kursus  ini  akan  mendedahkan  kepada  pelajar  kaedah
                   terbaik dalam berinteraksi dengan teks-teks turath yang penting dalam bidang akidah
                   dan pemikiran Islam sama ada teks silam atau karya semasa dalam bidang tersebut.

                   Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan: 50%
                                                      Peperiksaan: 50%

                   Bahasa Pengantar   : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

                   Hasil Pembelajaran

                   Di  akhir kursus ini, pelajar dapat:

                       1.  Menghuraikan  tema-tema  utama  karya  akidah  dan  pemikiran  Islam  yang
                          mencakupi beberapa sub bidang utama seperti ilmu kalam, falsafah, tasawuf
                          dan perbandingan agama dalam teks utama. [C3]
                       2.  Menganalisis  kandungan  teks  akidah  dan  pemikiran  Islam  dari  sudut
                          metodologi penulisan dan aliran pemikiran pengarang. [C4]
                       3.  Menilai kesesuaian idea yang dikemukakan pengarang bagi menyelesaikan
                          isu-isu akidah dan pemikiran Islam semasa [C5, P2, A3]

                   Rujukan Utama:

                       1.  Mohd Faizal bin Abdul Khir, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Ahli Kitab
                          Menurut Ibn Hazm dan al-Shahrastani, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
                          Pustaka). 2015.
                       2.  Sharifah Basirah Syed Muhsin, Che Zarrina Sa`ari, Kaedah Psikoterapi Islam
                          Berasaskan Konsep Maqamat Abu Talib al-Makki. (Kuala Lumpur: Dewan
                          Bahasa dan Pustaka). 2015.
                       3.  Mohd  Aizam  bin  Mas'od,  Diskusi  Isu  Aqidah  dan  Pemikiran  Semasa  di
                          Malaysia, (Kuala Lumpur: Jabtan Kemajuan Islam, Malaysia). 2013.
                       4.  Mohd Farid Mohd Shahran, Akidah dan Pemikiran islam: Isu dan Cabaran.
                          (Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia). 2013.
                       5.  Muhammad Hadi al-Shamrakki al-Madini, Syarh Ayyuha al-Walad li al-
                          Imam al-Ghazali. (Tuekey: C Maktabah Sayda). 2012.



                                                                                           217
   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222