Page 221 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 221
3. Firdaus Bin Sulaiman (2014), Pembaharuan Dalam Tafsir Sufi: Kajian
Terhadap Kitab Tafsir Al-Bahr Al-Madid Fi Tafsir Al-Quran Al-Majid Oleh Ibn
`Ajibah , Tajdid in Quranic Studies. Kuala Lumpur: Jabatan Al-Quran dan Al-
Hadith, APIUM, 93 - 106.
4. Zubayr Siddiqi, et.al. (1996), Hadith and Sunnah: Ideals and Realities, Kuala
Lumpur: Islamic Book Trust.
5. Ishak Hj. Suliaman, et.al (2007), Autoriti Hadis Menangani Gerakan
Antihadis, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
6. Muhammad Abu al-layth al-Khayr Abadi (2005), Ulum al-Hadith, Asiluha wa
Ma‘asiruha, Bangi: Dar al-Syakir
7. Mohd. Saghir (1995), Perkembangan Penulisan Hadith Ulama Asia
Tenggara, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam: Kertas
Kerja Seminar Antarabangsa Pengajian Islam di Asia Tenggara.
8. Marohaini Yusoff (2001), Penyelidikan Kualitatif Pengalaman Kerja
Lapangan Kajian, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Kemahiran Insaniah:
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS5
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT5
3. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM3
IOG7002 Pengajian al-Quran dan al-Hadith di Nusantara
Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang pertumbuhan pengajian al-Qur’an
dan al-Hadith di Nusantara yang banyak dipengaruhi oleh corak pengajian di Hijaz
pada abad ke-18, di Mesir dan di India pada akhir abad ke-19 dan awal abad 20.
Manhaj ulama Hijaz, Mesir dan India yang mempunyai pendekatan tersendiri dalam
pengajian Tafsir dan Hadis akan diperhalusi. Selain itu, perbincangan turut
menumpukan kepada beberapa aliran dan manhaj yang digunakan oleh ulama Tafsir
dan Hadis Nusantara menerusi penelitian terhadap pengajaran dan karya-karya
yang dihasilkan.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan: 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab
Hasil Pembelajaran:
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengkaji tentang metodologi ahli-ahli tafsir dan hadis Nusantara dalam
mentafsirkan al-Quran dan syarah hadith. [C4, P2, A2]
2. Menilai secara kritikal berkenaan sistem dan metodologi yang diguna pakai
dalam pengajian al-Quran dan al-Hadith di Nusantara. [C5, P3, A3]
221