Page 219 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 219

Kemahiran Insaniah:

                       1.  Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                       2.  Kerja Berpasukan: TS1-TS2
                       3.  Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2

                   IOF7003  Isu-isu Akidah dan Pemikiran Islam

                   Kursus ini membincangkan isu-isu semasa pilihan dalam bidang akidah dan pemikiran
                   Islam yang mencakupi beberapa sub bidang utama seperti kalam, falsafah, tasawuf
                   dan perbandingan agama. Isu-isu tersebut akan dianalisis dari daripada aspek idea-
                   idea utama yang dikemuakakan, latar belakang kemunculan isu, hubungannya dengan
                   pemikiran epistemologi, ontologi dan aksiologi yang dibincangkan dalam karya-karya
                   utama akidah dan pemikiran Islam. Pelajar juga akan didedahkan dengan metodologi
                   pemikiran Islam yang berteraskan worldview Islam dalam menilai isu-isu tersebut dari
                   perspektif akidah dan pemikiran Islam mencakupi bidang-bidang yang dinyatakan di
                   atas.

                   Kaedah Penilaian     : Penilaian Berterusan: 50%
                                                      Peperiksaan: 50%

                   Bahasa Pengantar   : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab

                   Hasil Pembelajaran

                   Di  akhir kursus ini, pelajar dapat:

                       1.  Menjelaskan tema-tema utama akidah dan pemikiran Islam yang mencakupi
                          beberapa  sub  bidang  utama  seperti  kalam,  falsafah,  tasawuf  dan
                          perbandingan agama dalam teks pilihan. [C3]
                       2.  Menganalisis kandungan teks dari sudut metodologi penulisan teks dan aliran
                          pemikiran pengarang. [C4, A3]
                       3.  Menilai kesesuaian idea yang dikemukakan pengarang bagi menyelesaikan
                          isu-isu akidah dan pemikiran Islam semasa [C5, P2, A3]

                   Rujukan Utama:

                       1.  Abdul Fatah Haron (1993), Ajaran Sesat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
                          Pustaka.
                       2.  Al-Attas, S.M. Naquib.(2001), Prolegomena to the Metaphysics of Islam. Kuala
                          Lumpur: ISTAC.
                       3.  Zarruq, Ahmad bin Ahmad bin Muhammad (1998), Qawa`id al-Tasawwuf. ed.
                          Muhammad Zahri al-Najjar. Kaherah: al-Maktabah al-Azhariyyah li al-Turath.
                       4.  Al-`Alwani, Taha Jabir (1991), Islah al-Fikr al-Islami. Virginia: IIIT.
                       5.  `Iraqi,  `Atif  (1993),  Tajdid  fi  al-Madhahib  al-Falasifah  wa  al-Kalamiyyah.
                          Kaherah: Dar al-Ma`arif.
                                                                                           219
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224