Page 79 - BUKU PANDUAN IJAZAH TINGGI SESI 2018 2019
P. 79
6. Hisrich, Robert D. and Peters, Micheal P (2012), Entrepreneurship. 9th
edition, Howewood, IL: McGraw-Hill-Irwin.
Kemahiran Insaniah:
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS4
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Kerja Berpasukan: TS1-TS5
IOE7001 Siasah Syar’iyyah Lanjutan
Kursus ini merupakan kursus lanjutan dalam bidang siasah syar`iyyah. Ia
membincangkan secara lebih mendalam mengenai siasah syar‘iyyah dan
beberapa permasalahan yang berkaitan dengannya. Ia merangkumi perbincangan
tentang definisi, prinsip, matlamat, kepentingan, dalil-dalil dan contoh amalan
siasah syar‘iyyah. Kaedah ijtihad dan kaedah-kaedah fiqh yang ada
hubungkaitnya dengan siasah syar‘iyyah turut dibincangkan. Kursus ini juga akan
mengkaji beberapa pandangan ulama silam dan ulama kontemporari mengenai
siasah syar‘iyyah, termasuk juga isu-isu semasa yang berkaitan dengan politik dan
kenegaraan.
Kaedah Penilaian : Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
Bahasa Pengantar : Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris/Bahasa Arab
Hasil Pembelajaran:
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menganalisis konsep dan metodologi siasah syar'iyyah berasaskan
sumber hukum dan pandangan ulama. [C4]
2. Membandingkan antara kaedah-kaedah yang diguna pakai dalam
siasah syar'iyyah. [C5]
3. Menilai isu-isu hukum semasa yang berkaitan dengan siasah
syar'iyyah. [C6, A3]
Rujukan Utama:
1. Rabasa, A. (2014). Political Islam in Southeast Asia: Moderates, Radical
and Terrorists. Routledge.
2. Black, A. (2011). The history of Islamic political thought: from the Prophet
to the present. Edinburgh University Press.
3. Eligür, B. (2010). The mobilization of political Islam in Turkey. Cambridge
University Press.
79