Page 133 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 133
RINGKASAN KURSUS ELEKTIF PROGRAM
III1001 AKIDAH DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Kursus ini membincangkan tentang konsep dan pengertian akidah Islam dan ciri-ciri utama akidah
serta kesan akidah secara umum dalam pembangunan modal insan. Topik-topik yang
dibincangkan berkisar tentang kesan penghayatan akidah dalam pembangunan modal insan yang
difokuskan kepada pembangunan ilmu dan sahsiah manusia. Kursus ini juga membincangkan
pendekatan pembangunan modal insan berdasarkan tuntutan akidah dan pendekatan
pembangunan modal insan yang berdasarkan pendekatan sekular. Beberapa contoh program
pembangunan modal insan kontemporari yang bertentangan dengan nilai dan tuntutan akidah
Islam juga akan turut dibincangkan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menjelaskan kepentingan akidah dalam pembangunan modal insan yang difokuskan kepada
pembangunan ilmu dan moral. [C3, P2, A1]
2. Menunjukkan kesan akidah dalam pembangunan ilmu dan sahsiah. [C3, P2, A1]
3. Menganalisis pendekatan pembangunan modal insan berdasarkan tuntutan akidah dan
pendekatan pembangunan modal insan yang berdasarkan pendekatan sekular. [C4, P2, A1]
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
Rujukan
1. Al-Duri, Qahtan Abd Al-Rahman, al-Aqidah al-Islamiyyah wa Madhahibuha, (Beirut: Book-
Publisher, 2011).
2. Mohd Fauzi Hamat & Mohd Hasrul Shuhari. 2011. Al-Asma' al-Husna dan Modal Insan.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
3. Sheikh Ghazali Sheikh Abod & Zambry Abdul kadir, (1991), Pengurusan Perniagaan Islam.
Shah Alam: Penerbitan Hizbi.
4. Qutb, Muhammad, (1994), Asas Pembangunan Islam, (terj) Syed Omar Syed Agil, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Mohd Affandi Hassan (1992), The Tawhidic Approach in Management and Public
Administration: Concepts, Principles and an Alternative Model. Kuala Lumpur: INTAN
6. Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin. 2012. Akidah dan Pembangunan
Modal Insan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
III1002 ISLAM DALAM SOSIO BUDAYA MELAYU
Kursus ini memperkenalkan sumber-sumber Islam seperti al-Quran dan al-Sunnah berkaitan
dengan konsep alam dan kosmos, kemanusiaan, kekeluargaan, kepemimpinan, pengurusan dan
pentadbiran keagamaan, nilai dan norma kehidupan yang berhubungkait dengan masyarakat
Melayu Islam. Pelajar juga turut didedahkan tentang pengaruh kemasukan agama Islam serta
penubuhan perkembangan pusat-pusat pendidikan Islam di alam Melayu.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenal pasti sumber Islam yang berkaitan dengan konsep asas dalam bidang sosio-
budaya. [C3, P2, A1]
2. Mengenal pasti nilai-nilai Islam yang mempengaruhi masyarakat Melayu. [C3, P2, A1]
3. Menganalisis idea-idea pemikiran masyarakat Melayu menerusi pelbagai aliran pemikiran
yang terdapat dalam Islam. [C3, P2, A1]
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
133