Page 135 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 135
pertumbuhan dan perkembangan manusia, kesihatan mental, psikopatologi dan psikoterapi,
motivasi, kebahagiaan dan kecerdasan qalbiyyah, persepsi ibadah serta krisis jiwa, kesan dan
rawatannya. Pandangan para ulama' klasik dan pemikir moden akan dirujuki bagi menghuraikan
tajuk-tajuk berkaitan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan konsep asas psiko spiritual Islam serta teori yang berkaitannya berlandaskan
perspektif ilmu tasawuf. [C2, P1, A1]
2. Menunjukkan prinsip psiko spiritual Islam berasaskan tasawuf secara mahir dan praktikal
dalam konteks kehidupan realiti dan keadaan semasa. [C1, P2, A1]
3. Mengintegrasikan kepakaran dalam ilmu psiko spiritual Islam berasaskan tasawuf secara
berkaitan, bersama dan konsisten dengan pandangan para ulama' klasik dan pemikir moden
melalui komunikasi dan penulisan. [C4, P1, A1]
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
Rujukan
1. Noraini M. Noor (ed.), Psychology from an islamic Perspective, (Gombak: IIUM Press, 2012)
2. Shadiya Baqutayan, Suumaya Mohamed Saleh, The Innovation of Human Nature in Islam,
International Journal of Social Sciences and Education, 2(1), (January 2012), 162-173.
3. Akbar Husain, Islamic Psychology Emergence of a New Field, (New Delhi: Global Vision
Publishing House, 2006).
4. Al-Ghazali, Abu Hamid, Ihya' `Ulum al-Din, 4 Jil., (Lubnan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 2013).
5. Al-Ta'i, Ra'id Salim Sharif, Amrad al-Qulub wa Ilajuha `Inda `Ulama' al-Tasawwuf, (Lubnan:
Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, 2013).
6. Azizi Yahaya et al., Penyelewengan Tingkah Laku Remaja: Punca dan Kesannya, (Skudai:
UTM, 2012).
III1005 KAJIAN BIBLIOGRAFI AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM
Kursus ini akan menjuruskan pengkajian tentang isi, kepentingan dan autoriti karya-karya utama
akidah dan pemikiran Islam. Ia mengetengahkan karya-karya warisan tentang istilah, bibliografi,
autobiografi tokoh akidah dan pemikir Islam. Di samping itu sumber-sumber primer dan muktabar
bidang akidah dan pemikiran Islam merangkumi kitab-kitab akidah berbagai mazhab,
perkembangan aliran (firaq) akidah dan pemikiran, falsafah Islam dan tasawuf akan
diperbincangkan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenal pasti dan menjelaskan senarai buku-buku berautoriti dalam bidang akidah dan
pemikiran Islam [C3, P2, A1]
2. Mengenal pasti tokoh-tokoh yang mempunyai kredibiliti untuk menjadi rujukan dalam bidang
akidah dan pemikiran Islam [C3, P2, A1]
3. Menilai autoriti karya klasik dan kontemporari dalam bidang akidah dan pemikiran Islam.
[C3, P2, A1]
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
3. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
Rujukan
1. Haji Khalifah (1982), Kasf al-Zunun, Beirut: Dar al-Fikr.
2. Ibn Nadim (1985), Miftah al-sa'adah wa Misbah al-Siyadah, Beirut: Dar al-Kutub al-'ilmiyyah.
135