Page 139 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 139
7. Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Wan Ariffin Wan Yon, Suraya Sintang. Toleransi dan
Pluralisme Menurut Pengalaman Masyarakat Bidayuh. Jurnal Usuluddin. Bil. 40. (Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya: Kuala Lumpur, 2014).
III2005 KAJIAN AGAMA
Kursus ini membincangkan tentang manusia dan kepercayaan yang wujud dalam kehidupan
mereka, di samping memperkenalkan pengkategorian kajian agama seperti sejarah agama,
perbandingan agama, falsafah agama, antropologi agama, sosiologi agama dan psikologi agama.
Ia turut mendedahkan pelajar dengan perbincangan berkenaan karya-karya agung dalam kajian
agama, metodologi perbandingan agama dalam pengumpulan data dan penganalisisan data serta
penulisan, kepercayaan-kepercayaan primitif, kategori agama , evolusi kepercayaan agama
menurut pandangan Barat dan analisis menurut Islam serta interpretasi istilah Hanif.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Memperjelaskan kepentingan agama di dalam kehidupan setiap jiwa insan dengan merujuk
kepada al-Qur'an, al-Hadis dan teori-teori utama dalam pengkajian agama serta metodologi
dan karya utama sarjana pilihan dalam pengkajian agama [C1, P2, A1]
2. Membezakan kriteria-kriteria dan elemen-elemen utama dalam diri penganut agama secara
perbandingan berasaskan pengkategorian agama. [C2, P2, A1]
3. Menilai teori agama dan keagamaan menurut pandangan Islam. [C4, P2, A1]
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
Rujukan
1. Lewis M. Hopfe, Mark R. Woodward, Religions of the World. 12 Edition. (USA: Prentice Hall,
2011)
2. Ninian Smart, Crosscultural Exploration of Human Beliefs. 3rd Edition. (USA: Pearson, 2011)
3. Roger Eastman. The Ways of Religion: An Introduction to The Major Traditions. 3rd Edition.
(Oxford University Press, 2012).
4. Khadijah Mohd Khambali @Hambali, Suraya Sintang, Azmil Zainal Abidin, Dialog antara
Agama Dalam Konteks Perbandingan Agama Menurut Perspektif Islam. Jurnal Tafhim.
Volume 6. (Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 2013).
5. Haslina Ibrahim, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Suraya Sintang, Nurhanisah Senin,
Suhaida Shaharud- din, Mahmud Ahmad, Mohd Roslan Mohd Nor, Nor Adina Abdul Kadir.
The Role of Comparative Religion Curricula In Intra-Inter Civilizational Dialogue. Religious
Education. Vol. 108, No. 1. (London: Routledge, 2013)
III2006 PSIKOTERAPI ISLAM
Kursus ini memperkenalkan ilmu psikoterapi Islam dan turut mengulas aspek perbandingan
dengan psikoterapi barat. Antara topik yang dibincangkan ialah pengenalan umum kepada
psikoterapi Islam dan hubungannya dengan disiplin ilmu Islam yang lain, tujuan dan matlamatnya,
kepentingannya, skopnya dan prinsipnya. Ia turut membincangkan perspektif psiko spiritual Islam
berkenaan penyakit yang dihidapi manusia di samping mengemukakan beberapa bentuk terapi
yang disarankan oleh para ulama' Islam antara lainnya seperti terapi iman dan terapi ibadah. Ia
turut menganalisis beberapa bentuk terapi anjuran terapis barat berlandaskan perspektif
pemikiran Islam.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenalpasti persamaan dan perbezaan antara konsep yang dibincangkan di dalam
psikoterapi Islam dan psikoterapi barat. [C3, P1, A1]
2. Menyalin rujukan dan maklumat secara mahir bersumberkan bahan ilmiah dalam bidang
139