Page 142 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 142
kefahaman, persepsi, kepercayaan dan praktik keislaman berdasarkan kemahiran kritis, analitis
dan saintifik bertunjangkan prinsip pemikiran Islam untuk menyelesaikan masalah dan isu dalam
masyarakat.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghurai konsep, prinsip, objektif dan kepentingan pemikiran Islam dalam wacana
semasa. [C2]
2. Mengaplikasikan prinsip pemikiran Islam secara mahir dan praktikal dalam wacana
mengenai isu kehidupan realiti dan keadaan semasa. [C3]
3. Menganalisis pemikiran dan kecenderungan intelektual dalam wacana pemikiran semasa
yang mempunyai impak terhadap kefahaman, persepsi, kepercayaan dan praktik keislaman
berdasarkan kemahiran kritis, analitis dan saintifik bertunjangkan prinsip pemikiran Islam
untuk menyelesaikan masalah dan isu dalam masyarakat. [C4]
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
Rujukan
1. Mohd Farid Mohd Shahran, Akidah dan Pemikiran Islam: Isu dan Cabaran (Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, 2013).
2. Abd Karim Ali dan Rumaizi Ahmad, Islam dan Tajdid (Shah Alam: Persatuan Ulama
Malaysia, 2014).
3. Wan Adli Wan Ramli, "Menangani Cabaran Liberalisme dalam Kalangan Muslim
Berdasarkan Konsep Ijmak," Jurnal Usuluddin 40 (Julai - Disember 2014), 27-50.
4. Ramli Awang, Pemikiran Islam: Aliran dan Gagasan (Johor Bahru: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia, 2012).
5. Roxanne L. Euben and Muhammad Qasim Zaman, Princeton Readings in Islamist Thought:
Texts and Contexts from al-Banna to Bin Laden (New Jersey: Princeton University Press,
2009).
III3001 NUSUS AL-‘AQA’ID
Kursus ini akan mengetengahkan teks-teks tokoh ulama akidah sepanjang zaman dari berbagai
mazhab. Fokus pemilihan teks akan mengambil kira isu-isu yang relevan dengan perkembangan
dan permasalahan semasa merangkumi aspek ketuhanan, kenabian dan sam`iyyat. Bacaan,
huraian dan perbincangan teks-teks terpilih dari karya-karya utama yang mu`tabar oleh tokoh-
tokoh tersebut akan diketengahkan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenalpasti karya-karya agung Akidah yang mu'tabar dan tema-tema utama dalam
penulisan Akidah [C2, P2, A2]
2. Menganalisis teks-teks pilihan Akidah dari segi kandungan dan metodologi penulisannya.
[C4, P2, A2]
3. Mengadaptasi nilai-nilai murni yang terkandung dalam teks pilihan dalam menilai isu-isu
semasa. [C3, P2, A2]
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
Rujukan
1. Hasan Mahmud al-Shafi`e (1991), al-Madkhal ila Dirasat `Ilm al-Kalam, Kaherah: Maktabah
Wahbah
142