Page 141 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 141

III2008   ISLAM DAN HUBUNGAN ANTARA AGAMA
                            Kursus ini membincangkan tentang konsep dan definisi dialog antara agama, peradaban, budaya,
                            sosiobudaya dan fahaman terhadap kehidupan. Ia turut menjelaskan kepentingan memahami di
                            kalangan sesama agama, peradaban, budaya, sosiobudaya dan fahaman terhadap kehidupan. Ia
                            turut mendedahkan tentang kepentingan memahami konsep asas dan hubungan antara agama
                            serta isu dan cabaran hubungan antara agama di Malaysia yang merujuk kepada beberapa isu
                            utama yang menjadi kekeliruan di kalangan antara penganut sesama agama dan berbeza anutan
                            kepercayaan. Kursus ini turut menjelaskan mengenai akhlak dan prinsip-prinsip utama dalam
                            berdialog  agar setiap individu yang ingin  menjalinkan hubungan antara agama memahami,
                            menghormati dan menerima secara terbuka 'kesatuan  dalam perbezaan' dan seterusnya
                            mengukuhkan perpaduan  dan keharmonian  dalam hubungan antara  agama dan budaya di
                            Malaysia berasaskan ajaran Islam yang ternyata bersifat rahmat kepada seluruh makhluk.

                            Hasil Pembelajaran
                            Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
                            1.   Memahami konsep dan pengertian dialog sesama  dan antara agama dan  budaya dan
                                kepentingannya di dalam kehidupan setiap jiwa insan dengan merujuk kepada al-Qur'an,
                                al-Hadis dan teori-teori utama dalam dialog antara agama [C3, P2, A1]
                            2.   Menganalisis kriteria-kriteria dan elemen-elemen utama dalam hubungan antara agama dan
                                kehidupan dalam setiap diri penganut agama secara perbandingan [C4, P2, A1]
                            3.   Mengaplikasikan pandangan Islam tentang teori dan akhlak dalam dialog antara agama dan
                                hubungan antara agama. [C3, P2, A1]

                            Kemahiran Insaniah
                            1.   Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
                            2.   Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
                            3.   Kerja Berpasukan: TS1-TS2

                            Rujukan
                            1.   Muhammad Shafiq and Mohammed Abu Nimer. Interfaith Dialogue: A Guide For Muslims.
                                2nd Edition. (Washington: The International Institute of Islamic Thought, 2011)
                            2.   Khadijah Mohd  Khambali @ Hambali, Nurhanisah Senin, Suraya Sintang. Citra Dialog
                                Antara Agama Dalam Perspektif Islam Dan Kristian: Analisis Awal. MALIM Jurnal Pengajian
                                Umum Asia Tenggara. Vol. 13. (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2012)
                            3.   Azarudin  Awang, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. 2012. Dialog  Agama Vs Dialog
                                Kehidupan: Membina Kefahaman Kehidupan Masyarakat Yang Berbeza Agama. Jilid. 5,
                                Jurnal Peradaban, (Universiti Malaya: Pusat Dialog Peradaban Malaya, 2012)
                            4.   Nur Farhana Abdul Rahman, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. Religious Tolerance in
                                Malaysia: Problems and Challenges.International Journal of Islamic Thought. Vol. 3. (Bangi,
                                Selangor, Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013)
                            5.   Khairulnizam Mat Karim, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Suzy Aziziyana Saili. An Ideal
                                Concept of Ketua Agama, Religious Leader and Az-zaim Ad-dini: A Preliminary Lingusitic
                                Analysis.International Journal of Education  and Research.Vol. 1, No. 10. (Australia:
                                Contemporary Research Centre, 2013)
                            6.   KhairulNizam Mat Karim, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Suzy Aziziyana Saili. 2014.
                                Kefahaman Konsep Asas Dialog Antara AgamaDi Kalangan Ketua Agama Islam dan Kristian
                                di Malaysia Dan Kesannya Terhadap Hubungan Sosial. Jurnal al-Thaqafah. Vol. 4, Isu 1.
                                (Pusat Kembangan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah, Perak Darul Ridzwan, 2014)
                            7.   Azarudin Awang, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. The Correlation 'Dialogue of Life'
                                and Process of Conversion: A Study Within Chinese Converts. Journal of Basic and Applied
                                Scientific Research. 4 (1), 2014.

                   III2009   PEMIKIRAN ISLAM SEMASA

                            Kursus ini menghuraikan konsep, prinsip, objektif dan kepentingan pemikiran Islam dalam wacana
                            semasa. Seterusnya, ia mengaplikasikan prinsip pemikiran Islam secara praktikal dalam wacana
                            mengenai isu kehidupan realiti dan keadaan semasa. Kursus ini turut menganalisis pemikiran dan
                            kecenderungan intelektual dalam wacana pemikiran semasa yang mempunyai impak terhadap

                                                      141
   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146