Page 144 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 144
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
3. Kemahiran Kepimpinan: LS1-LS2
Rujukan
1. Muhammad al-Bahi (1982), al-Janib al-Ilahi min al-Tafkir al-Islami, Kaherah: Maktabah
Wahbah.
2. Muhammad `Ali Abu Rayyan (1986), Tarikh al-Fikr al-Falsafi fi al-Islam, Iskandariyyah: Dar
al-Ma`rifat al-Jami`iyyah.
3. Seyyed Hossein Nasr (1996), The Islamic Intellectual Tradition in Persia, Richmond Surrey:
Curzon Press.
4. I.R. Netton (1989), Allah Transcendent, Richmond Surrey: Curzon Press.
5. Urufuwa, Dominic, Tarikh al-Fikri al-'Arabi, Transl. Randah Baath, al-Maktabah al-
Syarqiyyah, Beirut 2010.
6. Zaqzuq, Mahmud Hamdy (isyraf wa taqdim), Mausu'ah al-Falsafah al-Islamiyyah, al-Majlis
al-A'la li al-Syu'un al-Islamiyyah Wizarah al-Awqaf, Cairo, 2010.
7. Soleh, H.A. Khudori, Filsafat Islam Dari Klasik Hingga Kontemporari, Ar-Ruzz Media,
Jogjakarta, 2011.
III3004 PEMIKIRAN FALSAFAH ISLAM SEMASA
Kursus ini membincangkan asal usul falsafah dan konsepnya yang merangkumi perbahasan
ilmiah bagi menangani isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat manusia sepanjang masa.
Perbincangan pemikiran penting tokoh-tokoh utama falsafah Islam bermula dari al-Kindi, al-Farabi
dan Ibn Sina, yang diikuti dengan cetusan polemik pemikiran al-Ghazali oleh Ibn Rushd dalam
menangani isu-isu pemikiran dari Greek yang dibawa oleh al-Farabi dan Ibn Sina. Perbincangan
kursus ini juga merangkumi aliran-aliran tradisi pemikiran Islam yang turut berkembang seiring
terutamanya Ilmu Kalam disamping Tasawuf dan Usul Fiqh yang dilakukan secara perbandingan
dalam kontek penggunaan akal. Beberapa isu utama pemikiran semasa yang berasaskan kepada
keintelektualan dibincangkan bagi melihat kebebasan berfikir yang diberikan oleh Islam dan
sekaligus diaplikasikan metod perbahasan ilmiah oleh tokoh-tokoh falsafah Islam terdahulu dan
asas-asas yang telah terbina itu dapat digarap supaya praktikal dan realistik bagi memanfaatkan
sumbangan mereka terhadap pemurnian pemikiran Islam semasa dan kemanfaatannya yang
berterusan khasnya di Malaysia.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Mengenalpasti hakikat sebenar pemikiran falsafah Islam dan proses penyaringan pemikiran
dari luar bagi memanfaatkan aspek-aspek positif dari sesuatu tamadun [C3, P2, A1]
2. Menjelaskan polemik pemikiran dan metod ilmiah dalam menghadapi percanggahan
pandangan dalam kalangan ahli-ahli falsafah terhadap isu-isu yang dihadapi untuk
membentuk nilai, sikap, profesionalisme yang baik [C3, P2, A1]
3. Menghuraikan pemikiran falsafah Islam yang mempunyai elemen kemahiran kreatif,
rasional, praktikal dan bebas dalam rangka dalam meyelesaikan masalah konkongan
pemikiran yang tidak harmonis, taksub dan jumud [C3, P2, A1]
Kemahiran Insaniah
1. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
2. Kerja Berpasukan: TS1-TS2
3. Etika dan Moral Profesional: EM1-EM2
Rujukan
1. Kamil, Magdy, Taqah Nur fi Alam Mu'tam Ibn Rushd, Damascus: Dar al-Kitab al-Arabi, 2013.
2. Soleh, H.A. Khudori, Filsafat Islam dari Klasik Hingga Kontemporari, Jogjakarta: Ar-Ruzz
Media, 2013.
3. Zakzuk, Mahmud Hamdy, Muqaddimah fi al-Falsafah al-Islamiyyah, Cairo: Dar al-Fikr al-
Arabi, 2003.
144