Page 145 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 145
4. Al-Bayumi, 'Abd al-Mu'ti, Fi al-Falsafah al-Islamiyyah, Cairo: al-Matba'ah al-Azhariyyah,
1981.
5. Fakhry, Majid, Islamic Philosophy, Theology and Mysticism, Oxford: One World Publications,
2000
6. Nasr, Seyyed Hossein, A Young Muslim's Guide to the Modern World, Chicago: Kazi
Publications, 1993.
7. Zakzuk, Mahmud Hamdy, Mausu'ah al-Falsafah al-Islamiyyah, Cairo: al-Majlis al-A'la li al-
Syu'un al-Islamiyyah, 2011.
III3005 PEMIKIRAN MODEN DAN PASCA-MODEN
Kursus ini memperkenalkan pemikiran Modenisme dan Pasca-modenisme. Ia menganalisis
beberapa aliran utama pemikiran moden dan pasca-moden yang mempunyai impak terhadap
kefahaman, persepsi, kepercayaan dan praktik keislaman berdasarkan kemahiran kritis, analitis
dan saintifik bertunjangkan ilmu akidah dan pemikiran Islam untuk menyelesaikan masalah dan
isu dalam masyarakat. Kursus ini juga mengemukakan kemahiran merujuk dan mengurus
maklumat yang bersumberkan karya turath dan penulisan ilmiah bidang akidah dan pemikiran
Islam yang berwibawa dalam pembelajaran sepanjang hayat demi menangani pemikiran
Modenisme dan Pasca-modenisme.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghurai falsafah, prinsip dan ciri-ciri pemikiran Modenisme dan Pasca-modenisme. [C2]
2. Menganalisis pemikiran Modenisme dan Pasca-modenisme yang mempunyai impak
terhadap kefahaman, persepsi, kepercayaan dan praktik keislaman berdasarkan kemahiran
kritis, analitis dan saintifik bertunjangkan ilmu akidah dan pemikiran Islam untuk
menyelesaikan masalah dan isu dalam masyarakat. [C4]
3. Mengamalkan kemahiran merujuk dan mengurus maklumat yang bersumberkan karya turath
dan penulisan ilmiah bidang akidah dan pemikiran Islam yang berwibawa dalam
pembelajaran sepanjang hayat demi menangani pemikiran Modenisme dan Pasca-
modenisme. [P1]
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi: CS1-CS3
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah: CT1-CT3
3. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat: LL1-LL2
Rujukan
1. Richard Tarnas, The Passion of the Western Mind: Understanding the Ideas That Have
Shaped Our World View (New York: Random House, 2011).
2. Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, al-Madhahib al-Tawhidiyyah wa al-Falsafat al-Mu`asirah
(Dimashq: Dar al-Fikr, 2014).
3. Seyyed Hossein Nasr, "Reflections on Islam and Modern Thought," in Islamic Philosophy
from Its Origin to the Present: Philosophy in the Land of Prophecy (New York: State
University of New York Press, 2006), 259-271.
4. Mohammed Yusoff Hussain, Pengenalan kepada Sejarah Falsafah Barat Moden (Shah
Alam: Karisma, 2002).
5. Wan Muhammad Ali, Islam dan Fitnah Modenisasi (Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 2000).
III3006 EPISTEMOLOGI ISLAM
Kursus ini membincangkan konsep epistemologi Islam dan perbandingannya dengan epistemologi
Barat moden serta pasca moden. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah tentang definisi
ilmu, tabiat ilmu dan hierarkinya, sumber ilmu dan kepentingan ilmu dalam Islam. Ia akan akan
turut membahaskan persoalan islamisasi ilmu pengetahuan, konsep pendidikan Islam dan isu-isu
semasa dalam epistemologi Islam.
145