Page 148 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 148
Matlamat Program
Untuk memajukan bidang pengajian Usuluddin khususnya Sejarah dan Tamadun Islam berasaskan tradisi keilmuan
Islam dan kaedah moden yang saintifik melalui pendidikan berkualiti untuk negara dan kemanusiaan.
OBJEKTIF
1. Melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan Islam dari sudut teori dan amali berdasarkan doktrin ahli
Sunnah wa al-Jamaah.
2. Melahirkan pelajar yang beriltizam dengan nilai moral dan etika Islam.
3. Melengkapkan pelajar dengan kekompetenan yang releven seiring dengan keperluan kontemporari dan
arus globalisasi.
Hasil Pembelajaran Program
Pada akhir program, graduan dapat:
PO1 Menguasai asas ilmu pengetahuan dalam bidang Usuluddin khususnya Sejarah dan Tamadun Islam.
PO2 Mengaplikasikan kemahiran untuk menjalankan penyelidikan berkaitan dalam bidang Usuluddin
khususnya Sejarah dan Tamadun Islam dan kreativiti warisan seni dan budaya.
PO3 Menganalisis dalam bidang Usuluddin khususnya Sejarah dan Tamadun Islam dalam menangani isu-isu
semasa sebagai tanggungjawab sosial.
PO4 Mengaplikasi nilai-nilai profesionalisme ilmuan dalam dalam bidang Usuluddin khususnya Sejarah dan
Tamadun Islam.
PO5 Mengaplikasi kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan dalam bidang-bidang yang
diceburi, melalui pengalaman belajar.
PO6 Menguasai kaedah dan kemahiran saintifik dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan isu-isu
ketamadunan dalam dalam Sejarah Islam.
PO7 Mengaplikasikan kemahiran pengurusan maklumat untuk pembelajaran sepanjang hayat.
PO8 Menggunakan kemahiran mengurus dan keusahawanan dalam menghasilkan produk berkaitan dengan
seni dan warisan Islam.
148