Page 202 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 202
Islam.
3. Membandingkan aspek-aspek utama antara etika Islam dan etika Barat.
4. Menilai amalan pengurusan organisasi berasaskan kepada nilai dan etika Islam.
Rujukan
1. Rafik Issa Beekun (1997), Islamic Business Ethics. Herndon: International Institute
of Islamic Thought.
2. Fatimah Abdullah (2014), Islamic Ethics and Character Building. Kuala Lumpur:
IIUM Press.
3. Nor`Azzah Kamri et al. (2013). Islamic Perspective on Management. Kuala
Lumpur: Akademi Pengurusan YaPEIM & Jabatan Syariah dan Pengurusan
APIUM.
4. William H. Shaw (2011), Business Ethics, Boston: Wadsworth.
5. Yusuf al-Qaradawi (1995), Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq fi al-Iqtisad al-Islami.
Kaherah: Maktabah Wahbah.
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi
2. Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
3. Etika dan Moral Profesional
IIE4011 Latihan Industri Pengurusan Muamalat (BM/BI)
Latihan industri merupakan latihan luar kelas di mana pelajar akan ditempatkan di syarikat-
syarikat tertentu untuk menimba pengalaman bekerja. Tempoh latihan adalah selama 12
minggu dan setiap pelajar akan dinilai dari semasa ke semasa. Pelajar akan didedahkan
dengan dunia sebenar pekerjaan dan mereka berpeluang mempraktikkan apa yang mereka
pelajari selama ini di dalam kelas.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Mengaplikasi nilai profesionalisme sepanjang menjalankan latihan di organisasi.
2. Mengaplikasi kemahiran komunikasi dengan pihak-pihak berkepentingan dalam
organisasi.
3. Menganalisa keberkesanan strategi syarikat/ organisasi melalui input-input yang
diperolehi sepanjang melakukan latihan industri.
4. Mengamalkan tingkah laku yang selari dengan etika perniagaan Islam dan urus
tadbir korporat yang mematuhi prinsip-prinsip Syariah.
Rujukan
Tidak berkenaan
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi
2. Kerja Berpasukan
3. Etika dan Moral Profesional
RINGKASAN KURSUS ELEKTIF PROGRAM
IIE1005 PRINSIP PENGURUSAN ORGANISASI DARI PERSPEKTIF ISLAM (BM/BI)
Kursus ini membincangkan mengenai prinsip-prinsip yang mendasari pengurusan organisasi
menurut Islam. Ia termasuklah prinsip-prinsip seperti tauhid, adil, amanah, amal jama`i dan
sebagainya yang dikupas berdasarkan nas al-Quran dan juga sirah Rasulullah s.a.w.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menjelaskan konsep dan falsafah pengurusan organisasi menurut perspektif
202