Page 204 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 204

7.   Zurina Shafii, Zarinah Mohd Yusoff, Shahizan Md. Noh (2013). Islamic Financial
                                        Planning & Wealth Management. Kuala Lumpur : IBFIM.

                                Kemahiran Insaniah
                                    1.   Kemahiran Komunikasi
                                    2.   Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
                                    3.   Kemahiran Keusahawanan

                  IIE2005       Pengguna dan Kepenggunaan Islam (BM/BI)
                                Kursus ini memberi  pendedahan kepada pelajar  mengenai gelagat pengguna  Islam dan
                                bagaimana prinsip-prinsip kepenggunaan Islam dapat mempengaruhi sesebuah organisasi.
                                Model gelagat pengguna Islam oleh Anas Zarqa’ juga dikemukakan sebagai model asas
                                kepenggunaan Islam. Prinsip-prinsip kepenggunaan Islam  juga  dibincangkan secara
                                terperinci agar dapat dipraktikkan dan menjadi rujukan kepenggunaan masa kini.

                                Hasil Pembelajaran
                                Pada akhir kursus, pelajar dapat:
                                    1.   Mengenal pasti kepentingan, prinsip dan  teori  pengguna dan kepenggunaan
                                        berasaskan Islam.
                                    2.   Menghuraikan teori kepenggunaan menurut sarjana Islam dalam sesebuah sistem
                                        ekonomi.
                                    3.   Membincangkan penyelesaian terhadap isu-isu kepenggunaan Islam di Malaysia.
                                    4.   Menghubungkait isu-isu kepenggunaan semasa  dengan  undang-undang, polisi
                                        kepenggunaan dan peranan institusi pemantauan di Malaysia.

                                Rujukan
                                    1.   Schiffman, Leon G. & Kanuk, Leslie L. (2013), Consumer Behavior, New Jersey:
                                        Prentice Hall.
                                    2.   Pekeliling Pensijilan Halal Malaysia (2012), bil. 1-3. Putrajaya: Jabatan Kemajuan
                                        Islam Malaysia.
                                    3.   al-Qaradawi, Yusuf (t.t.), al-Halal wa al-Haram. Kaherah: Maktabah Wahbah.
                                    4.   Russly Abd Rahman et al. (2014),Isu Halal Kontemporari, Serdang: Penerbit UPM.

                                Kemahiran Insaniah
                                    1.   Kemahiran Komunikasi
                                    2.   Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
                                    3.   Etika dan Moral Profesional

                  IIE2006       Amalan Perbankan dan Kewangan Islam (BM/BI)
                                Kursus ini menerangkan tentang amalan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia meliputi
                                konsep asas dan prinsip Syariah yang membentuk operasi perbankan. Ia juga menerangkan
                                tentang  instrumen dan  institusi  yang terlibat secara langsung di dalam amalan perbankan
                                dan kewangan Islam ini.

                                Hasil Pembelajaran
                                Pada akhir kursus, pelajar dapat:
                                    1.   Menjelaskan konsep, teori  dan  operasi  secara umum tentang perbankan dan
                                        kewangan dalam Islam.
                                    2.   Menerangkan struktur perundangan yang mengawal operasi institusi perbankan
                                        dan kewangan di Malaysia.
                                    3.   Menentukan instrumen-instrumen yang sesuai digunakan dalam perbankan dan
                                        kewangan Islam.
                                    4.   Menganalisis isu-isu yang berkaitan dengan  amalan perbankan dan kewangan
                                        Islam di Malaysia.

                                Rujukan
                                    1.   Abdul Ghafar Ismail (2010),  Money, Islamic Banks and the Real  Economy.
                                        Singapore: Cengage Learning

                                                      204
   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209