Page 249 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 249
Matlamat Program
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang mempraktikkan pengetahuan, kaedah dan nilai akhlak
seorang guru secara individu atau berkumpulan dalam membina kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap ajaran professional dan masyarakat.
Hasil Pembelajaran Program
Pada akhir program, graduan dapat:
Hasil Pembelajaran PO Kategori
Taksonomi*
Menjelaskan ilmu fardu ain dan fardu kifayah yang menjadi asas dalam pengajaran PO1 K
Pendidikan Islam khususnya Pengajian Islam di Malaysia.
Mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam khususnya PO2 P
Pengajian Islam secara berkesan.
Menggunakan pengetahuan asas dalam pengajian Islam dan Pendidikan Islam sebagai teras PO3 A
dalam menunaikan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.
Mengamalkan etika perguruan dan bersikap profesional selaras dengan akhlak Islamiyah. PO4 A
Berkomunikasi secara berkesan dengan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalam melakukan PO5 A
kerja secara berkumpulan.
Menganalisis masalah berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam PO6 K
khususnya Pengajian Islam secara berkesan.
Berdikari dalam pencarian ilmu dan pengurusan maklumat yang menjadi asas kepada PO7 A
pembelajaran berterusan Islam khususnya Pengajian Islam.
Menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi untuk menghasilkan produk dan PO8 A
perkhidmatan yang berkaitan dengan Pendidikan Islam.
249