Page 246 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 246

Kursus ini memberi penekanan kepada isu-isu semasa mengenai  gender dan bagaimana
                         penyelesaiannya menurut perundangan Islam.  Kursus ini merangkumi kupasan terhadap perundangan
                         tempatan dan antarabangsa  mengenai wanita yang  antara lainnya  menyentuh tentang diskriminasi,
                         perlindungan, kesalahan dan sebagainya

                         Hasil Pembelajaran
                         Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
                             1.   Menjelaskan konsep gender menurut perspektif Undang-undang Islam
                             2.   Menghuraikan kedudukan wanita dari pelbagai aspek menurut Undang-undang Islam
                             3.   Membezakan antara pemikiran Feminisma barat dan Islam
                             4.   Menganalisis isu-isu semasa gender dari perspektif Undang-undang Islam
                             5.   Menganalisis peranan Konvensyen  Antarabangsa dalam  memberi perlindungan terhadap
                                wanita

                         Rujukan
                             1.   Raihanah Abdullah, Wirdati Mohd Radzi, Fuadah Johari & Golam Dastagir, "The Islamic Legal
                                Provisions for Women's Share in the Inheritance System: A Reflection on Malaysia Society",
                                Asian Women, 30/1 (2014): 29-52.
                             2.   Elisabeth Porter & Anuradha Mundkur,  Peace and Security: Implications for Women (Peace
                                and Conflict Series), (Brisbane :University of Queensland Press, 2012)
                             3.   Ayesha S. Chaudhry, Domestic Violence and the Islamic Tradition (Oxford Islamic Legal
                                Studies)

                         Kemahiran Insaniah
                             1.   Kemahiran Komunikasi
                             2.   Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
                             3.   Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat


                  IIM4012  KERTAS PROJEK

                         Kursus ini bertujuan melatih pelajar menjalankan penyelidikan ilmiah dengan mengaplikasikan metode-
                         metode kajian yang sesuai dengan masalah kajian yang dikaji. Pelajar akan diselia oleh seorang penyelia
                         yang pakar dalam bidang kajiannya dari jabatan untuk memastikan kerja-kerja penyelidikan teratur dan
                         data-data yang diperolehi mempunyai nilai validity dan kebolehpercayaan yang tinggi. Di akhir semester,
                         pelajar perlu mengemukakan hasil laporan penyelidikannya dengan mengikut format penulisan ilmiah
                         yang telah ditentukan oleh akademi.

                         Hasil Pembelajaran
                         Pada akhir kursus ini pelajar dapat:
                             1.   Menghasilkan sebuah laporan  penyelidikan dengan    mengunakan metode-metode kajian
                                yang sesuai dalam bidang pengajian mereka di bahagian Syariah.
                             2.   Mengaplikasikan metode penyelidikan dalam bidang syariah dan undang-undang yang sesuai
                                dalam projek penyelidikan yang dijalankan di bawah seliaan pensyarah di jabatan.
                             3.   Menjelaskan bagaimana  menulis laporan  ilmiah dengan format standard yang telah
                                ditentukan oleh pihak akademi.
                             4.   Menganalisis data kajian secara tersusun dan logik bagi menyokong atau menolak hipotesis
                                kajian yang dijalankan.

                         Rujukan
                             1.   Othman Talib (2013), Asas Penulisan Tesis Penyelidikan dan Statistik, Serdang, Selangor:
                                Penerbit UPM.
                             2.   Zainudin Awang (2012), Research methodology and data analysis,  (edisi ke-2), Selangor :
                                UITM Press.
                             3.   Sabitha Marican (2009), Penyelidikan dalam Sains Sosial, Batu Caves: Edusystem Sdn. Bhd.
                             4.   Fowler, Floyd J. (2014), Survey Research Methods (5th ed.), Los Angeles: Sage Publications,
                                Inc.


                                                      246
   241   242   243   244   245   246   247   248   249   250   251