Page 34 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 34
RINGKASAN KURSUS ELEKTIF PROGRAM
IID1001 HUKUM ISLAM DAN MASYARAKAT (BM)
Kursus ini menghuraikan kaitan antara hukum Islam dengan masyarakat dilihat dari segi
aplikasi hukum dengan masyarakat dan kesannya terhadap masyarakat malaysia. ianya
dibahagikan kepada pengenalan hukum Islam, masyarakat secara amnya dan masyarakat
malaysia khususnya dan aplikasi hukum keperluan masyarakat
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Memerihal maklumat konsep, ciri dan keistimewaan hukum Islam. Mengenalpasti
perbezaan di antara hukum Islam dengan sistem perundangan buatan manusia.
2. Mengaplikasi prinsip hukum Islam secara makro bagi menangani keperluan
masyarakat.
Rujukan
1. Rahimin Affandi Abd. Rahim (1993), "The Concept Of Ijma' In Islamic Law : A
Comparative" Dalam The Journal Of Hamdard Islamicus, Pakistan, V. 16, hlm. 91-
104.
2. ______(1993), " The Significance Of The Ijtihad In The Development Of The Muslim
Law" Dalam Jurnal SARJANA, Keluaran Khas, hlm. 85-89.
3. ______ (1997), "Gerakan Tajdid Di Malaysia : Teori Dan Realiti" Dalam Dinamisme
Pengajian Syariah, (Ed) Oleh Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, Kuala Lumpur, hlm. 93-
106.
4. _______(2002), " Epitemologi Hukum Islam : Satu Pengenalan" Dalam Jurnal
AFKAR, Bil. 3.
5. ______(2002),"Pengajian Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembinaan Hukum
Islam Semasa: Satu Analisa " Dalam Monograf Kajian Sosial Dalam Pelbagai
Perspektif, Keluaran Pusat Penataran Ilmu, Universiti Malaysia Sabah.
6. ______(2010) Konsep Fiqh Malaysia dalam Perundangan Islam, Jurnal Kajian
Malaysia, v. 28. no. 2. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia
7. ______ (2010) Pembangunan Sistem Fiqh Semasa di Malaysia: Satu Analisis Model
Pilihan, Journal of Legal Studies, Kedah: Universiti Utara Malaysia, v. 1
8. ______ (2014) Peranan Institut Pengajian Tinggi Islam Dalam Pembangunan
Modal Insan di Malaysia: Satu Analisis, Jurnal Kemanusian. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Kemahiran Insaniah
1. Kerja Berpasukan
2. Etika dan Moral Profesional
3. Kemahiran Kepimpinan
IID2001 AMALAN FATWA (BM)
Kursus inimengandungi huraian-huraian tentang fatwa, institusi fatwa dalam sejarah
perundangan Islam,kelayakan dan etika mufti dan mustafti, kaedah berfatwa dan institusi
fatwa di Malaysia dan dunia Islam secara umum.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghuraikan sejarah institusi fatwa sebagai medium komunikasi hukum dalam
perundangan Islam.
2. Mengenalpasti syarat, kelayakan mufti dan kaedah berfatwa dalam perundangan
Islam
3. Menganalisis isu-isu utama menyentuh amalan kefatwaan dalam perundangan
Islam, amalan di Malaysia dan dunia Islam kini
34