Page 85 - BUKU PANDUAN ID APIUM 20182019
P. 85
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menghurai konsep dan teori pengurusan awam serta perbezaannya dengan swasta.
2. Menghubungkait peranan, amalan dan etika pengurusan awam.
3. Membahaskan isu-isu semasa pengurusan awam di Malaysia
Rujukan
1. Flynn, Norman(1990), Public Sector Management. New York: Harvester Wheatsheaf.
2. Rosenbloom, David H. (1989), Public Administration, Understanding Management,
Politics And Laws In The Public Sector. 2nd ed. Singapore: McGra-Hill.
3. Starling G. (1998), Managing the Public Sector. 5th ed. Florida: Harcourt Brace.
4. Abdullah Sanusi Ahmad, Norma Mansor dan Abdul Kudus Ahmad (2003), The Malaysia
Democracy: Four Decades of Development, Pearson Prentice Hall, KL.
5. Ilhaamie Abd Ghani Azmi, Sharifah Hayaati Syed Ismail, Siti Arni basir, (2013). Kualiti
Perkhidmatan Awam Menurut Perspektif Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
6. Ahmad Sarji (1990) Perkhidmatan Awam Berkualiti, INTAN, Kuala Lumpur.
7. Hill, C., Jones, G., & Schilling, M. (2014). Strategic Management: Theory: An Integrated
Approach. Cengage Learning.
8. Denhardt, R., Denhardt, J., & Blanc, T. (2013). Public Administration: An Action
Orientation. Cengage Learning.
9. Daft, R. (2012). Organization Theory And Design. Cengage learning
Kemahiran Insaniah
1. Kemahiran Komunikasi
2. Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
3. Etika dan Moral Profesional
IIG3009 PERHUBUNGAN ANTARABANGSA ISLAM (BM/BA)
Kursus ini akan membincangkan perhubungan Islam dan peraturan yang mengawal
masyarakat antarabangsa. Ianya akan meliputi : Konsep perhubungan Islam Antarabangsa
dan sejarah perkembangannya, serta sumber-sumbernya. Turut dikaji ialah Negara, termasuk
persoalan-persoalan mengenai rakyat, negeri dan kedaulatan. Begitu juga persoalan-
persoalan tentang kelahiran dan pengiktirafan terhadap kewujudan sesuatu negara itu, hak-
hak dan segala kewajipannya di peringkat antarabangsa. Kursus ini akan menekankan
bentuk-bentuk perhubungan Antarabangsa Islam yang meliputi konsep perdamaian dan
peperangan. Walaubagaimanapun kursus ini juga akan melihat bentuk diplomasi yang
dijalankan di zaman kegemilangan Islam dan yang dilaksanakan oleh negara-negara Islam
kini.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, pelajar dapat:
1. Menganalisis faktor-faktor yang mendorong berlakunya hubungan antarabangsa di
peringkat global.
2. Menghubungkait pelbagai cadangan ke arah penyelesaian pertikaiaan antarabangsa
secara damai.
3. Membincangkan beberapa nilai dan etika yang perlu dijaga oleh umat Islam semasa
berlakunya peperangan
Rujukan
1. ‘Ali, ‘Ali Mansur (1971), Al-Syari’ah al-Islamiyyah Wa al-Qanun al-Duwali al-‘Am, Kaherah:
Majlis al-A’la Li al-Syu’un al-Islamiyyah.
2. Wahbah al-Zuhayli (1981), Al-‘Alaqat al-Dawliyyah Fi al-Islam, cet.pertama. Beirut:
Mu’assasah al-Risalah.
3. Muhammad Abu Zahrah (t.t), Al-‘Alaqat al-Dawliyyah Fi al-Islam, cet.pertama.Beirut:
Mu’assasah al-Risalah.
4. Muhammad Hamidullah (1977), Muslim Conduct of State, cet.ketujuh. Lahore: Kashmiri
Bazar.
85