Page 18 - 1_BUKU_PANDUAN_MAKLUMAT_AM
P. 18

MAKLUMAT AM

           Pendahuluan

               (1)  Pelajar dinasihat supaya membaca Buku Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan
                  Universiti Malaya (Pengajian Ijazah Pertama) 2019 sebagai pelengkap kepada Buku
                  Panduan Akademi Pengajian Melayu.
               (2)  Pelajar perlu mengambil perhatian bahawa pendaftaran kursus adalah berdasarkan
                  kursus-kursus yang ditawarkan pada semester berkenaan.
               (3)  Bilangan pelajar untuk sesuatu kursus juga adalah tertakluk kepada kapasiti bagi
                  kursus berkenaan.

           Pendaftaran Kursus

           (1)   Pelajar  dikehendaki  mendaftar  kursus  mengikut  tahap  pengajian  yang  ditetapkan.
                 Tahap  pengajian  ditentukan  berdasarkan  bilangan  kredit  yang  telah  didaftar  oleh
                 pelajar seperti berikut:

                       Tahap Pengajian              Bilangan Kredit

                       Awal                         35 kredit dan ke bawah
                       Pertengahan                  36 – 75 kredit
                       Akhir                        76 kredit dan ke atas


           (2)   Pelajar  dikehendaki  mengikuti  program  pengajiannya  berdasarkan  struktur  program
                 pengajian sepertimana yang ditentukan oleh Fakulti dan diluluskan oleh  Senat.  Mana-
                 mana  kursus  yang  didaftarkan  selain  daripada  yang  ditetapkan  di  dalam  struktur
                 program pengajian tidak akan diambil kira untuk tujuan penyempurnaan pengijazahan.

           (3)   Pendaftaran  kursus  hendaklah  selesai  sebelum  sesuatu  semester  bermula.  Pelajar
                 yang tidak menyelesaikan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan
                 untuk mengikuti kursus berkenaan.

           (4)   Pelajar  tidak  dibenarkan  tambah/gugur  kursus  selepas  membuat  pengesahan
                 pendaftaran.

           (5)   Pendaftaran kursus yang mempunyai prasyarat hanya dibenarkan setelah pelajar lulus
                 kursus prasyarat yang ditetapkan dengan memperolehi sekurang- kurangnya gred C.

           (6)   Pelajar bertanggungjawab menyemak dan memastikan kod kursus yang didaftar adalah
                 betul. Selepas tamat tempoh yang ditetapkan, kursus yang didaftar adalah muktamad
                 dan sebarang pindaan tidak dibenarkan.

           (7)   Pelajar yang tidak mendaftar dalam tempoh yang ditetapkan bagi semester berkenaan
                 akan direkodkan sebagai Tidak Mendaftar.

           (8)   Mana-mana  pelajar  yang  gagal  mendaftar  secara  berterusan  bagi  tempoh  dua (2)
                 Semester  Biasa  dan  gagal  menyempurnakan  pendaftaran  dalam  tempoh  yang
                 ditetapkan pada Semester Biasa berikutnya akan terhenti daripada menjadi pelajar dan
                 ditamatkan pengajian.

           (9)   Pendaftaran mana-mana kursus tidak dibenarkan sama sekali dalam keadaan berikut:

                 (a)  pendaftaran secara ke belakang.

                                            17
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23