Page 22 - 1_BUKU_PANDUAN_MAKLUMAT_AM
P. 22

(2)  Pelajar  yang  gagal  mana-mana  Kursus  Elektif,  Kursus  Elektif  Luar  Fakulti*  atau
               Kokurikulum  boleh  mengulang  kursus  yang  sama  atau  mengambil  kursus  lain  dalam
               kategori kursus yang sama sebagai ganti kursus yang gagal.

               Pengiraan PNGKnya adalah seperti berikut:

               (a)  bagi pelajar yang mengulang kursus yang sama, mata gred terbaik akan diambil kira;
                  dan

               (b)  bagi  pelajar  yang  mengambil  kursus  lain  sebagai  ganti,  mata  gred  bagi  kursus
                  berkenaan diambil kira secara kumulatif.

           (3)  Walau apa pun yang dinyatakan di dalam subperaturan (1) dan (2) di atas, sekiranya
               pelajar memperolehi gred F sebanyak tiga (3) kali bagi kursus yang sama, pelajar akan
               gagal keluar dan ditamatkan daripada program pengajiannya.

           Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Lulus Dengan Kepujian (Dengan Cemerlang)

           Pelajar  layak  dianugerahkan  ijazah  Sarjana  Muda  Lulus  Dengan  Kepujian  (Dengan
           Cemerlang) sekiranya:

           (1)  mencapai PNGK terakhir 3.70 dan ke atas;

           (2)  tidak  pernah  mendapat  gred  F  bagi  mana-mana  kursus  sepanjang  tempoh  program
               pengajiannya;

           (3)  tidak pernah mengulang kursus yang gagal dan/atau mempertingkatkan gred kursus; dan
               berjaya menamatkan program pengajian dalam tempoh minimum atau tempoh yang diluluskan.

           Fungsi Penasihat Akademik

           Penasihat Akademik adalah terdiri daripada Penyelaras Program masing-masing yang telah
           dilantik oleh Akademi Pengajian Melayu.

           Penasihat Akademik bertanggungjawab bagi:

           (a)  membantu pelajar dalam pemilihan kursus dan bilangan kredit yang pelajar akan ambil
               sebelum semester bermula; dan

           (b)   memberikan bimbingan kepada pelajar dalam mengatasi masalah pembelajaran, jika
               ada, berdasarkan prestasi pengajian pelajar.



















                                            21
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27