Page 20 - 1_BUKU_PANDUAN_MAKLUMAT_AM
P. 20
Komponen Peratus
Kursus Universiti/Kursus Umum 10% -
20%
Kursus Teras 50% -
60%
Kursus Elektif 25% -
30%
Pemindahan Kredit
Pemindahan kredit boleh dikategorikan seperti berikut:-
(1) Pemindahan kredit dengan gred.
(2) Pemindahan kredit tanpa gred.
Pengecualian Kursus
(1) “Pengecualian Kursus” ertinya pengecualian daripada mendaftar dan mengikuti sesuatu
kursus yang diberikan kepada seseorang pelajar berdasarkan kepada kesetaraan
kandungan kursus yang dipohon dengan pembuktian pengetahuan dan kemahiran
pelajar.
(2) Permohonan pengecualian kursus hanya dibenarkan bagi kategori Kursus
Universiti/Kursus Umum dan Kursus Elektif.
(3) Pengecualian kursus tidak akan menyebabkan pelajar mendapat kredit bagi kursus yang
dikecualikan. Bagi tujuan ini, kursus yang diluluskan untuk pengecualian akan diberi gred
K1.
(4) Sekiranya pengecualian kursus menyebabkan keperluan kredit bergraduat program
pengajian tidak mencukupi, kursus yang dikecualikan hendaklah digantikan dengan
kursus lain dari tahap pengajian yang sama.
(5) Permohonan pengecualian kursus hendaklah dikemukakan kepada Dekan Fakulti yang
akan mendapatkan perakuan jawatankuasa khas yang ditetapkan. Permohonan yang
diperaku hendaklah dikemukakan untuk pertimbangan Senat.
(6) Keputusan permohonan pengecualian kursus pelajar akan dimaklumkan oleh Dekan
Fakulti program pengajian.
Kehadiran Kelas
(1) Pelajar diwajibkan menghadiri semua kelas dan mengikuti semua aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar yang tidak menghadiri mana-mana kelas dikehendaki
memaklumkan alasan ketidakhadirannya kepada guru dengan segera dengan
menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan.
(2) Guru bertanggungjawab untuk merekodkan kehadiran pelajar bagi setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Skim Penggredan
(1) Gred rasmi Universiti serta markah dan maksudnya adalah seperti berikut:
19