Page 11 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2024
P. 11

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU




         PROGRAM SEMINAR WACANA MANUSKRIP (SIRI 1)

                  “Visual Autentik dalam Manuskrip Laga Lembu”


         Program ini merupakan platform terbaik untuk berkongsi ilmu dan
         bertukar pandangan mengenai khazanah manuskrip Melayu. Manuskrip
         Melayu ialah karya bertulis tangan yang ditulis dalam tulisan jawi serta
         dihasilkan dalam lingkungan awal kurun ke-16 sehingga awal kurun ke-

         20. Ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu merangkumi pelbagai
         bidang perkara seperti kesusasteraan, sejarah, kitab agama, perubatan,
         undang-undang, ketatanegaraan, azimat dan petua. Penceramah telah
         mendalami ilmu pengajian manuskrip Melayu ini melalui perspektif seni
         dan visual secara tak langsung peserta turut dapat melihat kajian
         manuskrip ini melalui disiplin ilmu yang berbeza.















































































                                                                                                  11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16