Page 9 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2024
P. 9
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PROGRAM SEMINAR WACANA MANUSKRIP (SIRI 1)
“Visual Autentik dalam Manuskrip Laga Lembu”
Program Seminar Wacana Manuskrip (Siri 1) bertajuk “Visual Autentik
dalam Manuskrip Laga Lembu” telah diadakan pada 18 Julai 2024 di
Bilik Mesyuarat Kiambang, APM,UM. Program ini adalah antara siri
seminar yang diadakan secara berkala oleh Akademi Pengajian
Melayu di bawah unit manuskrip dan bertujuan untuk memperluas
pengetahuan serta kefahaman mengenai manuskrip Melayu dengan
menggabungkan pelbagai disiplin ilmu.
9