Page 12 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2024
P. 12
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
( )
Program ini bertujuan untuk memperluas pengetahuan dan
kefahaman mengenai manuskrip Melayu dengan menggabungkan
pelbagai disiplin ilmu.
Tajuk Seminar : Visual Autentik dalam Manuskrip Laga Lembu
Penerangan : Seminar ini akan membincangkan aspek visual
autentik yang terdapat dalam manuskrip Laga Lembu, serta
kepentingannya dalam konteks budaya dan sejarah Melayu.
Penceramah jemputan, YBhg. Dr. Shahrul Anuar Shaari dari Pusat
Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia, akan berkongsi
pandangan serta kajian mendalam mengenai topik ini.
12