Page 52 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2024
P. 52

PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
              PERBINCANGAN PAMERAN SENI “MELAYU DALAM SENI HALUS”

                                 Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
                                        Oleh: Dr. Fakhrur Razi Maamor




         Pada 26 Jun 2024 (Rabu), sebuah pertemuan dan perbincangan berkaitan pameran
         seni “Melayu dalam Seni Halus” telah diadakan di Kolej Pengajian Seni Kreatif,
         Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Perbincangan ini adalah melibatkan Dr.
         Fakhrur Razi Maamor, Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti
         Malaya dengan pensyarah-pensyarah dari Jabatan Seni Halus di kolej tersebut.
         Konsep pameran ini merupakan julung kali diadakan di peringkat global yang mana
         bakal mengumpulkan para karyawan seni halus dari pelbagai disiplin dalan seni halus
         dan kaum bagi mengetengahkan idea dan kreativiti yang berkaitan dengan konteks
         Melayu. Perkara ini turut melibatkan bagaimana kaedah dalam seni tradisi Melayu
         diaplikasikan dalam seni halus berdasarkan ilmu yang dimiliki para karyawan seni ini.

         Untuk makluman juga, pameran seni ini adalah selari dengan visi dan misi Akademi
         Pengajian Melayu, Universiti Malaya yang mempunyai matlamat dalam menjadikan
         pengajian Melayu dari pelbagai bidang di persada global. Penglibatan dari variasi
         kategori seniman juga menunjukkan komited bahawa kepelbagaian konteks dalam
         masyarakat Melayu mampu diterjemahkan dalam visual. Ini juga melibatkan
         pendedahan para seniman terhadap kepentingan akan pengetahuan persekitaran
         mereka yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk visual. Ini juga melibatkan
         pendedahan para seniman terhadap kepentingan akan pengetahuan persekitaran
         mereka yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk visual.

         Melalui konsep ini mendedahkan bahawa sesuatu isu atau perkara itu boleh
         disampaikan dan dihayati tidak terhad pada percakapan atau penulisan semata-mata.
         Malah, seni halus mampu menjadi wadah kepada sebuah penyampaian. Konsep ini
         mengingatkan penulis kepada sejarah menuntut kemerdekaan di Malaya suatu ketika
         dahulu; yang mana penyampaian mesej atau propaganda dari pihak-pihak tertentu
         hanya melalui karikatur. Ini menunjukkan bahawa jurang komunikasi ketika itu adalah
         bebas dan boleh diinterpretasikan dalam pelbagai kaedah; walaupun masih terdapat
         sekatan dalam penyebaran informasi ketika itu.
































         Oleh itu, pameran seni “Melayu dalam Seni Halus” bukan sekadar mempamerkan
         karya-karya seni dari pelbagai disiplin seni halus, malah turut menjadi medan ilmu
         buat para audiens. Jangkaan pameran ini bakal berlangsung pada tahun hadapan
         yang akan mengumpulkan para seniman dari pelbagai pelosok negara serta mereka
         yang pernah menjadi penggerak seni halus tanah air ini.








                                                                                                  52
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57