Page 55 - Bulletin_APM_Jul_Ogos2024
P. 55
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
Perpustakaan Pengajian Melayu: Aktiviti dan peristiwa
Oleh: Encik Haslan Tamjehi
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya
Perpustakaan Pengajian Melayu (PPM) tidak hanya menyediakan bahan bacaan
kepada penggunanya tetapi turut menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan sumber
perpustakaan dan bidang pengajian fakulti. Sepanjang bulan Mei dan Jun tahun
2024, terdapat beberapa maklumat aktiviti dan peristiwa yang dapat dikongsikan.
Pameran Bertema PPM yang diadakan secara bulanan telah mempamerkan
beberapa koleksi perpustakaan . Pada bulan Mei yang lalu , tujuh (7) judul buku
berkaitan bidang Semantik dipamerkan. Manakala di bulan Jun, novelis Pramoedya
Ananta Toer, yang merupakan Sasterawan tersohor Indonesia telah diangkat
sebagai tema pameran. Sebanyak 14 judul berkaitan tokoh ini telah dipamerkan
kepada pengguna. Pemergian mantan Ketua Pustakawan Universiti Malaya (1984-
1993), iaitu mendiang Puan Khoo Siew Mun pada 11 Mei 2024 merupakan satu
kehilangan besar kepada perpustakaan Universiti Malaya. Dedikasinya dalam
memimpin dan membangunkan koleksi Perpustakaan akademik pertama negara
demi memenuhi keperluan sumber rujukan untuk pelajar dan akademik UM adalah
sumbangan dan jasa yang penting dan perlu dihargai.
Perpustakaan adalah gedung ilmu dan maklumat. Namun demikian,
penggunaannya seharusnya tidak terhad sebagai pusat rujukan sahaja. Oleh yang
demikian PPM sentiasa membuka ruang untuk aktiviti ilmiah seperti pengajaran
sebagai antara pengisiannya. Sehubungan itu Dr Shafaatussara Silahudin telah
mengadakan kelas kursus JIF3011” Seni & Budaya Popular Melayu” di Dewan
Bacaan A pada 7 Mei 2024 yang lalu. Ini merupakan antara kursus yang pernah
diadakan oleh para pensyarah APM di dalam Perpustakaan. Utilisasi Perpustakaan
untuk aktiviti fakulti amat digalakkan oleh Pengurusan Perpustakaan Universiti
Malaya. PPM telah menganjurkan sesi pendeklamasian pantun bertema budi pada
21 Mei 2024 di bawah Program Raikan Budaya dan Bahasa. Pantun tentang budi
sebanyak 5 rangkap telah dideklamasikan oleh En. Muhammad Nazim Syazwi Bin
Emran, pelajar tahun 3 dari Jabatan Linguistik APM.
Kunjungan penyelidik dari Universitas Muhamadiyah Yogyakarta, Indonesia pada
11 Jun 2024 iaitu Dr Mahli Zainuddin Tago telah ditandai dengan sumbangan tiga
buah buku tulisan beliau iaitu Kerinci tentang tanah kelahiran, Rencong Telang :
Komunitas adat di Sumatera Tengah dan Islam syariat dan Islam sinkretis di Kerinci
Hilir. Buku -buku yang telah disumbangkan ini memperkayakan koleksi
Perpustakaan dan seterusnya mempelbagaikan lagi sumber rujukan dalam bidang
Pengajian Melayu. Adalah menjadi harapan PPM agar sumber rujukan dan aktiviti
yang disediakan dapat dimanfaatkan oleh pengguna. Perpustakaan amat mengalu-
alukan sebarang cadangan dan komentar untuk penambahbaikan perkhidmatannya.
Sila emailkan ke: haslan@um.edu.my.
55